BEZA KETUA PEMUDA KERAJAAN DAN PARTI PEMBANGKANG, SIAPA LAGI BERKALIBER?


YB Khairy bin Datuk Seri Haji Jamaluddin lahir pada 10 Januari 1976 di Bandar Kuwait, Kuwait merupakan ahli politik Malaysia yang menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Barisan Nasional Malaysia dan merupakan Ahli Parlimen Rembau. Di peringkat akar umbi, Beliau merupakan ketua UMNO Cawangan Gadong, Rembau, Negeri Sembilan. Sejak Mei 2013, beliau telah menjadi Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Khairy melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia  di Singapura dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom. Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE). 1997 – 1998 Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London,dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford. 


Karier politiknya pula seperti berikut; 

2001 - 2004 : Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

2001 - 2004 : Timbalan Pengerusi, Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

2004 - Kini : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau

2004 – 2008 : Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia

2008 - Kini : Ketua Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional.

Kini : Menteri Belia dan Sukan


Selain berkecimpung dalam dunia politik, Khairy juga merupakan atlet sukan negara dalam bidang sukan Polo. Kejayaan merangkul pingat emas buat negara dalam Sukan SEA baru-baru ini membuktikan kecemerlangannya dalam bidang sukan selain berpolitik. Beliau juga berjaya menganjurkan Sukan SEA dengan jaya ketika Malaysia menjadi Tuan Rumah sukan berprestij di Asia Tenggara itu.

Mari kita bandingkan dengan Syed Saddiq pula. Berbeza dengan, Syed Saddiq Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berasal dari Johor Bahru, merupakan anak kedua dari empat adik beradik dan baru habis jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Syed Saddiq memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru dan kemudiannya meneruskan pengajian menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (English College). Setelah mendapat keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Syed Saddiq melanjutkan pengajian menengah di RMC.

Pencapaian diri hanya gah mendapat anugerah pendebat terbaik Asia semasa mewakili UIA dalam Kejohanan Debat Bersatu Asia (UADC) dan tiada pengalaman politik! Hanya dikenali kerana digelar pendebat terbaik. Dari segi pendidikan, pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Oxford University tapi menolaknya kerana ingin berpolitik. Karier politik tiada pengalaman dalam bidang politik dan bukan wakil rakyat!

Pendek kata, kedua generasi muda ini menampakkan perbezaan yang amat jauh. Khairy adalah seorang pemimpin yang berkarisma untuk generasi muda manakala Syed Saddiq masih lagi mentah untuk berpolitik. Walaupun ada gelaran Pendebat Terbaik itu tidak bermakna ianya tiket mudah untuk berpolitik. Penulis yakin, pembaca tahu membezakan mana permata dan batu kerana kedua-dua individu ini sememangnya berbeza dari segi pengalaman dan pendidikan. Tidak keras bagi penulis mengatakan bahawa perbezaan kedua individu ini bagaikan langit dengan bumi. 


Comments