BELUM LAGI TADBIR KERAJAAN, PAKATAN HARAPAN SUDAH GAGAL MENYELESAIKAN ISU MUDAH!


Kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP menyelesaikan isu dalaman bagi mematuhi prosedur ditetapkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menjadi punca pendaftaran Pakatan Harapan terbantut.

Pendaftaran gabungan pembangkang dinamakan Pakatan Harapan tidak diluluskan kerana masalah dalaman parti sekutunya DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). DAP tidak mengemukakan laporan akhir pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baharu manakala PPBM tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selepas lebih setahun ditubuhkan.

Masalah membabitkan PPBM ialah kegagalan parti ini mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) sehingga hari ini manakala bagi DAP pula ialah isu berkaitan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti baru-baru ini yang tidak diiktiraf ROS.

Secara kesimpulannya, Pengerusi Pakatan Harapan gagal melaksanakan tugasnya dengan baik sehingga menyebabkan pendaftaran Pakatan Harapan tergendala. Malah lebih mengejutkan semua, salah satu puncanya adalah disebabkan parti PPBMnya sendiri yang belum mengadakan AGM tahunan. 

Ini adalah kegagalan tugas kedua Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan selepas beliau gagal menarik orang ramai hadir untuk perhimpunan Kleptokrasi awal bulan Oktober yang lalu yang ternyata lembab dan gagal. Kini pendaftaran Pakatan Harapan juga terbantut gara-gara mereka tidak buat kerja secara teliti! Hal kecil pun sukar untuk diselesaikan apatah lagi mahu mentadbir negara!



Comments