Menteri Besar Selangor Azmin Ali menipu penduduk Selangor mengenai pembinaan rumah mampu milik di Semenyih, Selangor di bawah program Rumah Selangorku. Pembinaan rumah mampu milik yang sepatutnya dibina dengan kawasan perumahan mewah di Semenyih sebenar-benarnya tidak wujud. Apa yang ada hanyalah rumah mampu lihat dan bukannya rumah mampu milik seperti yang diwar-warkan.
Bukan main lagi Azmin dan Kerajaan Selangor mengatakan harga rumah PRIMA amat mahal dan tidak termampu dimiliki oleh rakyat sedangkan harga rumah berkenaan berharga antara RM 150 ribu sehingga RM 300 ribu seunit mengikut kawasan. Fasa pertama perumahan PRIMA telah dibina di Presint 11 Putrajaya dengan harga RM 120,000 sehingga RM 150,000.
Azmin mengatakan bahawa rumah Selangorku yang diilhamkan oleh Kerajaan Selangor berharga RM 250,000 seunit, macam mana kerajaan Selangor boleh kata rumah PRIMA mahal sedangkan kalau mengikut maklumat harga rumah PRIMA di Putrajaya baru berharga RM 120 ribu. Nampak sangat rakyat Selangor kena kencing dengan Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang sengaja mengambil kesempatan dalam kancah masalah berkenaan.
Hakikatnya Azmin hanya kencing rakyat Selangor, Apa yang Azmin kecapi pada hari ini adalah atas apa yang pemimpin Umno Selangor lakukan. Jika bina rumah, Azmin boleh diibaratkan sebagai membina cermin sahaja,

Comments
Post a Comment