AZMIN DAN PKR HAMBA ABDI DAP, PROJEK PERUMAHAN DI TAMAN MELAWATI TERBENGKALAI, AZMIN DAN PKR TAK MAMPU MAJUKAN ORANG SELANGOR



Sekarang ini kita boleh melihat contoh-contoh kepincangan pemerintahan dan pentadbiran PKR sejak Azmin mengetuai kerajaan Negeri Selangor. Apa yang kita boleh kita katakan di sini pentadbiran dan pemerintahan PKR di Selangor yang ada hanyalah berpaksikan kepada idea-idea DAP dan PAKATAN HARAPAN. Kalau kita dapat melihat terlalu banyak hak dan keistimewaan orang Melayu yang telah ditarik dan ditamatkan kemudahan dan keistimewaannya. 

Baru-baru ini timbul isu penduduk Taman Melawati mendesak Azmin supaya campur tangan menyelesaikan pembinaan projek kediaman mewah yang didakwa terbengkalai selama hampir tiga tahun di kawasan berkenaan. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melawati Zon A, B dan C Razman Hakimi Abdullah berkata sehingga ke hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkenaan. Beliau telah pun berjumpa dengan wakil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) namun tiada sebarang maklum balas yang diterima sehingga ke saat ini. Razman Hakimi berkata beliau sedia berjumpa dengan Azmin selaku Ahli Parlimen Gombak di kawasan ini serta wakil pemaju bagi bersama-sama menyelesaikan isu itu.

Kawasan projek terbengkalai ini boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk selain mencacatkan pemandangan di sana dan secara tidak langsung ia membahayakan kesihatan dan nyawa penduduk di situ. Inilah permasalahan yang dihadapi oleh PKR kerana terlalu banyak menggunakan idea DAP. Ini membuktikan bahawa PKR adalah sebuah kerajaan boneka yang hanya pada jasadnya sahaja Melayu Islam tetapi di belakang tabirnya adalah Cina DAP yang banyak mengambil kesempatan ke atas projek dan tender kerajaan Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Kerajaan boneka PKR dan Azmin ini secara tidak langsung telah banyak meranapkan dasar-dasar yang selama ini digunapakai untuk menguasai segalanya dalam apa cara sekalipun termasuklah pegangan kuasa di kalangan Exco kerajaan negeri. Bagaimana Azmin dan kerajaan Boneka nak selesaikan masalah ini? Kalau PKR Selangor kerajaan lembu dicucuk hidung yang mana hanya mengikut telunjuk arahan DAP dalam menjalankan pentadbiran dan pemerintahan sebuah kerajaan negeri Selangor. Kalau dulu Selangor ditabal sebagai negeri yang bertaraf termaju di Malaysia tetapi lihatlah sekarang ini Selangor tidak lagi mampu menggembeling kekuatan untuk menjaga hak dan kebajikan orang Selangor.

Kesimpulannya, orang Selangor seharusnya berasa sedih dan kecewa dengan pihak Kerajaan PKR Selangor yang mendabik dada kononnya menjaga hak dan kebajikan rakyat Selangot langsung tidak boleh bertolak-ansur dan tiada sebarang budi bicara dalam soal kesejahteraan dan keselamatan penduduk.






Comments