APA NASIB DAN MASA DEPAN PENJAWAT AWAM JIKA MEREKA DIBUANG ANDAI KATA KERAJAAN JATUH KE TANGAN DAP DAN PAKATAN HARAPAN?



Kita semua sedia maklum Ahli Parlimen DAP, Tony Pua pernah membuat kenyataan bahawa jika Pakatan Harapan dapat memerintah kerajaan pusat parti pembangkang itu akan melaksanakan Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam bagi mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun. Sebelum ini juga Lim Kit Siang pernah memperkatakan tentang hal ini, di mana cadangan-cadangan berkaitan penjawat awam diperkatakan juga oleh Penang Institut sebagai satu cadangan agar kerajaan melakukan pengurangan berkenaan. 

Sekiranya hal ini ada kebenaran, perancangan untuk mengurangkan penjawat awam akan terjadi jika Pakatan Harapan dapat memerintah dengan sokongan PAN, PKR dan Parti Bunga pada Pilihan Raya Umum nanti. Ini membuktikan kebiadaban DAP dan Pakatan Harapan cuba mengurangkan jumlah penjawat awam tidak mustahil dilakukan sekiranya mereka berkuasa dan mengambil alih negara kelak. DAP dan parti pembangkang Pakatan Harapan cukup iri hati dan tidak puas hati sekiranya ramai Melayu dan Bumiputera menjadi penjawat awam dan dapat hidup dengan selesa. 

Sekiranya pembuangan kakitangan awam disebabkan oleh masalah disiplin atau jenayah amat dialu-alukan, tetapi kalau pembuangan kerana penstrukturan pastinya akan memberikan kesan kepada kakitangan awam berkenaan. Hendak membuang kakitangan awam bukanlah perkara yang mudah. Meskipun mendapat kritikan dari orang awam tetapi kita tidak dapat mempertikaikan dan mempersoalkan sumbangan dan jasa mereka besar untuk orang awam dan negara. 

Pastinya kakitangan awam akan hilang mata pencarian. Ini sedikit sebanyak akan menyukarkan dan menyulitkan kehidupan mereka yang bekerjaya dalam perkhidmatan awam. Tidak mustahil jika kakitangan awam yang dibuang akan terpaksa melakukan jenayah untuk terus hidup di negara ini.
Kalau sudah berlakunya pengurangan kakitangan , pastinya ada jabatan yang dibuang dan tidak mustahil ada jabatan yang akan diswastakan dan sudah semestinya akan meningkatkan kos sara hidup rakyat. Jangankan sekolah, hospital kerajaan akan diswastakan bagi mengurangkan kos dan kakitangan. Akibatnya perit dan meranalah hidup kita semua.

Realitinya kini kita sedang berhadapan dengan pelbagai tekanan dan terus memperjuangkan apa yang harus kita perjuangkan. Jangan biarkan parti pembangkang DAP dan Pakatan Harapan mengambil alih negara kita, akibatnya rakyat juga yang akan sengsara dan merana.

Comments