ANAK MUDA TOLAK TOP DOG MAHATHIR DAN PEMILIKNYA LIM GUAN ENG HARAPAN



Kononnya anak muda generasi sekarang beralih menyokong parti pembangkang Pakatan Harapan tetapi sebaliknya terjadi apabila Mahathor dan Lim Kit Siang seolah-olah panas punggung apabila dilihat gagal menjawab persoalan yang dilontarkan kepada golongan veteran itu dalam satu forum baru-baru ini. 

Di sebalik soalan-soalan yang dikemukakan terutamanya berhubung salah laku Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri, beliau tidak menjawanya dengan baik sebaliknya meyalahkan anak muda sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak mengfokuskan kepada isu yang beliau ingin ketengahkan dan bukannya mengenai salah laku yang beliau lakukan. 

Sikap Mahathir yang agak angkuh sehingga mahukan semua mengikut sahaja apa yang beliau fikirkan jelas menunjukkan bahawa beliau sudah ketinggalan zaman. Ini menyebabkan gelombang penolakan dan kebencian generasi anak muda terhadap DAP dan Pakatan Harapan semakin terserlah di mana anak muda sudah mula mendekati parti komponen Barisan Nasional terutama sekali UMNO.

Generasi anak muda sekarang ini sudah dapat membuka mata, hati dan fikiran mereka dengan melihat perjuangan dan matlamat gabungan Pakatan Harapan samar-samar serta sama sekali tidak mempunyai sebarang hala tuju yang sebenar sehingga membuatkan rakyat terutamanya golongan anak muda sudah mula muak dan bosan dengan sikap dan perangai segelintir pemimpin Pakatan Harapan yang sangat tamakkan harta, jawatan, kuasa dan pangkat. 

Sedikitpun mereka tidak mempedulikan nasib rakyat apatah lagi mahu turun padang melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh rakyat terutama sekali di ceruk-ceruk kampung dan di kawasan pedalaman. Hanya Kerajaan Barisan Nasional sahaja satu-satunya dapat membela nasib dan hak rakyat dan jentera Barisan Nasional yang sentiasa bersedia memberikan segala khidmat bakti kepada masyarakat setempat. 

Kesimpulannya generasi muda khususnya seharusnya membuat pilihan yang tepat dan bijak serta sentiasa berfikiran positif terhadap apa juga tindakan kerajaan untuk memajukan kawasan mereka. Generasi muda jangan sekali-kali mudah sangat terpedaya dengan fitnah, tipu daya serta hasutan pembangkang kerana ianya hanya akan melemahkan sesebuah institusi dan mengeruhkan pemikiran rakyat dengan perkara-perkara negatif dan tidak bermanfaat demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Comments