AMANAH TUNJUK EGO, YAKIN RAMPAS KERUSI-KERUSI PAS DI SELANGOR


Parti PAS menyindir Parti Amanah Negara (Amanah) yang disifatkan sebagai sebuah parti yang 'tidak sedar diri' apabila memberi keyakinan bahawa parti itu mampu merampas 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yang kini disandang PAS. 

Ternyata kenyataan Amanah mahu merampas 13 kerusi DUN milik PAS Selangor tidak lebih sekadar kenyataan politik yang bersifat menunjuk-nunjuk. Amanah sebenarnya lupa melihat kepada aspek kajian yang telah dijalankan terhadap kepopularitian parti itu dan perlu sedar bahawa parti itu hanya penumpang dalam pakatan pembangkang. 

Bahasa mudahnya ialah kini Amanah ditubuhkan untuk bertindak sebagai parti pengacau kepada PAS sahaja. Persoalannya di sini mengapa parti ini hanya memberi tumpuan kepada negeri Selangor dan Kelantan? Sebab utamanya adalah untuk mengacau PAS dan undi PAS, itu matlamat sebenar parti Amanah.

Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa menyatakan bahawa partinya yakin akan merampas 13 kerusi DUN Selangor dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim juga turut melaporkan bahawa parti berkenaan mahu bertanding sekurang-kurangnya 14 daripada 56 kerusi DUN di negeri ini pada PRU-14. 

Walau bagaimanapun, PAS Selangor tetap dengan pendiriannya dan bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU-14 nanti di Selangor. Berdasarkan kepada hasil kajian Institut Kajian Darul Ehsan (IDE) baru-baru ini, hasil laporan menunjukkan hanya satu peratus rakyat menyokong Amanah. Perkembangan itu sebenarnya menimbulkan keresahan dalam kalangan pemimpin PKR dan DAP mengenai kemampuan parti Amanah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.



Comments