UNISEL PUN RUGI BERJUTA-JUTA, ADA HATI NAK BAGI PENDIDIKAN PERCUMA


Mohamed Azmin Ali hanya pemimpin retorik. Satu universiti yang dibawah Kerajaan Negeri pun tidak boleh jaga, ada hati hendak beri pendidikan percuma kepada semua dua puluh universiti awam di Malaysia.

Apabila Perdana Menteri membentangkan Bajet 2018 untuk kepentingan rakyat, Azmin pula sibuk bermain twitter dan perkecilkan pula usaha usaha yang dibuat Kerajaan kepada rakyat.

Isu YAWAS berkaitan wang RM10 juta yang didakwa dibuka atas nama sembilan Ahli Parlimen Pembangkang di sekitar Kuala Lumpur masih belum lagi dijawab Azmin Ali. Sibuk sangat bermain twitter semasa pembentangan Bajet.

Bila terkantoi dan tersilap tweet, enggan mohon maaf dan padam tweet. Azmin terkantoi taip angka yang salah bila menyatakan Bajet TVET hanya peruntukkan RM4.5 juta sahaja. Azmin kata di Selangor lebih banyak iaitu RM50 juta. Padahal angka sebenarnya dalam Bajet 2018 bukanlah RM4.5 juta tetapi keseluruhannya adalah bernilai RM4.9 billion. Jauh berkali ganda lebih banyak dari bajet TVET di Selangor.

Bab pendidikan percuma juga Azmin telah kantoi. Dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan mereka mahu beri pendidikan percuma di semua universiti. Anggaran kos untuk beri pendidikan percuma di semua universiti itu mencecah hampir RM60 billion.

UNISEL yang di bawah Kerajaan Negeri Selangor pun rugi teruk tiga tahun berturut-turut. Data menunjukkan, pada tahun 2014, UNISEL rugi RM10.6 juta. Tahun 2015 pula rugi RM16.6 juta dan tahun 2016 RM 4.01 juta. Kerugian terkumpul bernilai RM31.21 juta.

Hutang terkumpul di UNISEL pula sejumlah RM126 juta sejak 2014.

Bagaimana Azmin dan rakan-rakannya bermegah mahu melakukan pendidikan percuma? Sedangkan satu universiti pun tidak boleh dijaga, macam mana hendak jaga 20 universiti awam?

Sudah sudahlah Azmin. Janganlah claim lebih lebih sangat. Politik di Selangor pun masih lagi tidak konsisten. Mana satu hendak pakai Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan? Masih lagi tidak konsisten hendak pakai yang mana satu.

Rakyat kena pilih kerajaan yang konsisten dalam politik pada PRU14, barulah ekonomi negara juga kekal berkembang dan konsisten.

Comments