TUN MAHATHIR BUKAN LAGI 'CROWD PULLER' DALAM POLITIK MALAYSIA



Aura Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai negarawan kini makin pudar dan dia kini tiada lagi pengaruh 'crowd puller' untuk menarik perhatian orang ramai berbeza sewaktu dia berkuasa dahulu.

Himpunan anti kleptokrasi yang tidak mendapat sambutan di Padang Timur, Petaling Jaya pada sabtu lalu membuktikan kegagalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Mahathir sebagai 'crowd puller'.

Himpunan itu dianggap gagal dengan jumlah kehadiran orang ramai yang kecil dan ia jelas tanpa penyertaan PAS, bilangan peserta yang dianggar 100,000 jauh lebih kecil dan tidak menepati sasaran pihak penganjur.

Dengan penyertaan Tun Mahathir dalam Pakatan Harapan, banyak masalah kini menimpa PH dan semua aktiviti-aktiviti PH serba tidak menjadi ketika ini. Perhimpunan Sayangi Malaysia Hapus Keptokrasi gagal mencapai matlamat. Bersih 5 juga gagal, apabila PAS memulaukannya.

Kegagalan ini sedikit sebanyak berpunca dari faktor Tun Mahathir sendiri yang sudah dibenci dan tidak dipercayai rakyat.

Akhirnya Tun Mahathir bukan lagi crowd puller di negara ini sebaliknya menjadi beban kepada PH. Malah kehadiran orang ramai yang sedikit itu disedari pemimpin pembangkang dan mereka juga mengelak daripada menjawab pertanyaan media, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.

Mat Sabu sebagai perancang utama perhimpunan, menjadi orang pekak bila ditanya media kenapa orang tak ramai. Sudah pasti Mat Sabu juga akan dipersalahkan kerana gagal menjalankan tanggungjawabnya bagi menjayakan perhimpunan ini.

Apa yang pasti dan jelas, Tun Mahathir gagal menarik orang ramai untuk hadir ke perhimpunan tersebut ataupun mana-mana program anjuran PH, malah ucapannya hambar sehingga ramai yang berlalu pulang. Perjalanan politik Tun Mahathir kini sudah dipenghujung jalan.

Comments