Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir merupakan pemimpin-pemimpin kleptokrasi yang ditunjangi DAP. Kedua-dua pemimpin ini ternyata adalah pemimpin yang bersifat Hipokrasi kerana sikap kleptokrasi mereka yang semakin menjadi-jadi apabila mahu mengejar kuasa dan jawatan.
Dalam perkara ini, tidak ada gelaran yang sesuai untuk Lim Kit Siang dan Dr Mahathir sekarang ini melainkan menggelarkan mereka sebagai “Bapa Hipokrasi”. Kerosakan yang dibawa oleh Lim Kit Siang dan Dr Mahathir bila bersama sama menyerlahkan sikap hipokrasi sebenar kedua-dua pemimpin ini.
Dahulu Dr Mahathir boleh berkata DAP dan Lim Kit Siang adalah parti rasis dan musuh utamanya tapi kali ini dia berubah angin dan sanggup memuji serta menerima DAP asalkan cita-citanya tercapai dengan bekerjasama dengan Lim Kit Siang. Begitu juga sebaliknya, Lim Kit Siang sanggup menjual harga diri demi Dr Mahathir yang dahulunya pernah memenjarakan atas kesalahan ISA!
Selain itu, kalau orang tanya mana macam mana RM32 billion boleh hilang? Mahathir akan kata “tidak tahu”. Bila kata BR1M itu baik, Dr Mahathir akan kata ia satu bentuk rasuah walhal ia merupakan bantuan kepada rakyat. Bagaimana pula dengan kekayaan anak-anaknya sehingga ada yang tersenarai menjadi individu terkaya di Malaysia. Tidak kah Dr Mahathir tahu menahu hal ini atau sekadar mahu berdiam diri saja apabila hal keluarganya diungkitkan.
Pelik tapi benar dalam tempoh 22 tahun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, bagaimana gaji seorang Perdana Menteri ketika itu membolehkannya hidup mewah. Sudah tentu tidak logik bagi keluarga yang disara dengan gaji kakitangan awam boleh hidup mewah hingga ke hari ini. Anak kaya raya dan memiliki banyak syarikat multi bilion serta mempunyai banyak aset. Amat luar biasa keluarga Kleptokrasi ini!
Lim Kit Siang pula serupa dengan Dr Mahathir hanya tahu menggunakan Dr Mahathir yang menyerlahkan lagi hipokrasinya. Bukan setakat itu saja, anaknya Lim Guan Eng yang didakwa SPRM dibelanya. Dalam DAP dia lah yang berkuasa kerana dari tahun 1966 hingga ke hari ini Lim Kit Siang masih berkuasa dalam DAP. Oleh kerana itu lah, Lim Kit Siang juga layak diberi gelaran pemimpin Kleptokrasi!
Bagi kes Anwar Ibrahim pula lain ceritanya. Ketika ucapan terakhirnya di Masjid Negara, sebelum ditahan dan disumbat ke penjara. Anwar Ibrahim berkata “Rupa rupanya kuasa yang diambil daripada raja diserahkan kepada mamak bendahara (yang merujuk Dr Mahathir)".
Ketika zaman reformasi 1998 banyak sepanduk-sepanduk dibuat dengan tulisan meminta “Mahathir Resign” atau letak jawatan. Kini selepas 19 tahun, segala galanya sudah jadi terbalik dan terpusing habis kerana angkara Dr Mahathir. Inilah Dr Mahathir sekarang, penuh hipokrit dan umpama paku dulang paku serpih. Mengata orang, dia yang lebih. Hipokrasi Mahathir ini juga terserlah apabila
Menggunakan nama hapus kleptokrasi, Dr Mahathir memujuk rakyat untuk turun berdemo bersama-samanya pada 14 Oktober ini. Sebelum itu lagi semasa demo BERSIH 5.0, Mahathir telah menunjukkan hipokrasinya dengan mengajak rakyat untuk turun ke jalan raya menjatuhkan kerajaan.
Dahulu semasa Dr Mahathir berkuasa dia kata demonstrasti itu haram dan salah disisi undang-undang kini bila berada dalam pihak Pakatan dia menghalalkan perbuatan demonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan!
Inilah “Bapa Hipokrasi” di Malaysia, Dr Mahathir sanggup buat apa sahaja untuk membolehkan anaknya menjadi Perdana Menteri. Gila sungguh hendak jadikan anaknya sebagai Perdana Menteri. Apa boleh buat, semuanya ini hanya untuk kepentingan kroni sahaja bukannya untuk rakyat pun. Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang sanggup berbuat apa sahaja demi untuk memastikan dinasti Lim terus berkuasa!

Comments
Post a Comment