Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib bersedia mencurahkan segala pengalaman yang beliau miliki bagi membantu jentera UMNO dan Barisan Nasional Selangor merampas kembali tampuk pemerintahan dan pentadbiran daripada tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Kepimpinan UMNO Selangor sedar hasrat pucuk pimpinan UMNO Pusat yang serius untuk merampas dan menawan negeri itu dari tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
UMNO Selangor sentiasa mengambil sikap yang postif dan menganggap kenyataan Tan Sri Muhammad Mohd Taib sebagai penyuntik semangat untuk mereka bertekad menawan semula Selangor pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Kenyataan Tan Sri Muhammad Mohd. Taib menunjukkan betapa seriusnya hasrat pucuk pimpinan UMNO dalam menterjemahkan kemenangan bagi menawan semula Selangor pada Pilihan Raya Umum akan datang. Bagi UMNO Selangor mereka telah menyusun strategi untuk mendapatkan kemenangan seberapa banyak kerusi Dun di Selangor.
Bagi UMNO Selangor sekiranya mereka mahu menang mereka perlu bersama-sama dengan pemimpin Bahagian UMNO di Selangor perlulah bersama-sama memainkan peranan masing-masing. UMNO perlu bekerja sebagai satu pasukan dan kerja kuat malah ketepikan kepentingan dan agenda politik peribadi masing-masing barulah UMNO Selangor yang ampuh dapat diterjemahkan kepada kemenangan pada Pilihan Raya Umum nanti.
Semua ahli UMNO di Selangor perlu memberikan sepenuh tumpuan dan fokus dalam meningkatkan usaha bagi merealisasikan misi dan matlamat dalam menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum akan datang tercapai. UMNO Selangor seharusnya mengambil ia sebagai cabaran untuk kita semua kuatkan keazaman dalam mencapai matlamat dan sasaran iaitu merampas kembali Selangor daripada pembangkang.
Bagi orang Selangor, cukuplah selama 8 tahun mereka sengsara, menderita, rakyat tidak mempedulikan dengan dakyah retorik Kerajaan Selangor dan sekarang inilah masanya untuk UMNO Selangor bangkit bagi kebajikan rakyat.
Comments
Post a Comment