SKANDAL TANAH KERAJAAN DAP PULAU PINANG - TANAH PPR TAMAN MANGGIS 1.1 EKAR DIJUAL KEPADA KLIDC DENGAN HARGA RM11.5 JUTA
Skandal dan bukti-bukti membabitkan Fasa 2 Projek PPRT Taman Manggis di Pulau Pinang yang penuh kontroversi sebelum itu. Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa satu transaksi sub-jualan telah berlaku dari KLIDC kepada pihak ketiga.
Perjanjian Jual Beli membabitkan tanah tersebut sebagai membuktikan kebenaran tuduhannya, sekaligus membuatkan Lim Guan Eng gelisah berat. Perjanjian itu telah menunjukkan transaksi sub-jualan pada RM70,643,628.00.
Perjanjian yang membentuk jualan itu adalah inter-alia yang berkait antara satu sama lain dan secara perundangannya dianggap sebagai satu perjanjian yang mana bermaksud:
1. Jualan Kuala Lumpur International Dental Center Sdn. Bhd pada harga RM18,643,628
2. Jualan Victoria International Medical Centre Sdn. Bhd pada harga RM52,000,000
Syarikat tersebut dimiliki secara majoriti oleh Datuk Tang Yong Chew dan isterinya. Berdasarkan penyata akaun terakhir mereka mempunyai modal berbayar RM300,000 dan mempunyai nilai aset negatif iaitu RM1.2 juta.
Manakala VMC yang ditubuhkan pada September 2010, dua bulan selepas tanah Taman Manggis dianugerakan kepada KLIDC, mempunyai modal berbayar RM500,000 dengan nilai aset negatif RM1.6 juta.
Perjanjian ini juga menyatakan pada Julai 2011, VMC telah melaksanakan perjanjian usahasama dengan KLIDC untuk membangunkan tanah tersebut. Sebelum itu tanah PPR Taman Manggis telah dicagar oleh KLIDC kepada Ambank pada 10.11.2011.
KLIDC mendapat hak milik tanah sementara pada April 2015. Bermakna tanah PPR Taman Manggis kini adalah milik KLIDC dan sebarang penjualan saham atau syarikat KLIDC turut memberi kesan kepada penjualan tanah berkenaan.
Sejajar mana-mana piawaian projek kerajaan dan perjanjian penswastaan, penjualan atau tukar hak milik sebuah syarikat, yang telah dianugerahkan satu projek, perlu dimaklumkan dan kelulusan mesti diperolehi daripada Kerajaan Negeri sebelum jualan saham boleh berkuatkuasa. Ini bermakna segala bentuk seperti cagaran dan penjualan mesti dengan izin Kerajaan Negeri khususnya Ketua Menteri atau Menteri Besar.
KLIDC yang membeli tanah ini dengan harga RM11,552,208.00 atau pada RM232 kaki persegi-satu lebih murah dari harga pasaran memperolehi keuntungan RM59 juta apabila dijual semula kepada pihak ketiga lima tahun kemudian pada harga RM70.6 juta tanpa melaksanakan apa-apa projek pembinaan di tapak tanah berkenaan.

Comments
Post a Comment