Baru-baru ini Siti Kasim menyelar tindakan ahli PPIM yang menggesa supaya tindakan diambil terhadap kelompok pengamal ajaran Ahmadiyyah/ Qadiany. Siti Kasim mendakwa kononnya PPIM adalah Persatuan Pengguna Islam yang berlagak seolah-olah mereka adalah penguatkuasa agama.
Siti Kasim marah terhadap PPIM kerana PPIM menggesa supaya tindakan diambil terhadap kelompok pengamal ajaran Ahmadiyyah/ Qadainy. Qadainy merupakan kumpulan yang telah difatwakan di negeri Selangor sebagai kumpulan yang bukannya dari ajaran Islam.
Disebabkan oleh kenyataan PPIM terhadap kumpulan Qadainy berkenaan, Siti Kasim telah menyarankan agar pemimpin penganut agama Ahmadiyyah untuk membuat laporan polis ke atas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana telah mendesak pihak Jabatan Agama untuk mengambil tindakan ke atas para penganut agama Ahmadiyya atas tuduhan menghina agama Islam.
Siti Kasim seolah-olah tidak berpuas hati dengan PPIM. Siti Kasim mempersoalkan bahawa siapa pun PPIM dan apa pun PPIM beliau tetap tidak berpuas hati dengan PPIM kononnya PPIM melangkaui bidang seolah-olah mereka ini adalah pihak berkuasa jabatan agama.
Adakah Persatuan Pengguna memberikan sebarang komen mengenai Ahmadiyyah atau Siti Kasim atau apa-apa pun? Dan sejak bila Persatuan Pengguna memberikan komen kepada Ahmadiyyah, Siti Kasim atau sesiapa sahaja? Memang patut kalau PPIM mendesak pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengambil tindakan terhadap penganut agama Ahmadiyyah di Kampung Nakhoda, Batu Caves kerana penganut agama Ahmadiyyah secara terbuka mempamerkan simbol-simbol agama Islam dalam urusan agama mereka.
Pihak JAIS sepatutnya bertindak kerana agama Islam sedang dipermain-mainkan di Kampung Nakhoda. Namun apa yang mengecewakan pihak JAIS seolah-olah teragak-agak untuk mengambil tindakan bagi mempertahankan kesucian agama Islam apabila keadaan memerlukannya. Sepatutnya dalam kes sebegini, pihak JAIS tidak boleh sekali-kali teragak-agak mengambil tindakan sama seperti isu Siti Kasim dan murtad kita boleh lihat pihak berkuasa terlalu sukar mengambil sebarang tindakan.
Siti Kasim sebenarnya sudah melampau dan berang dengan kenyataan PPIM, Siti Kasim mendesak pemimpin-pemimpin agama Ahmadiyyah untuk segera membuat laporan polis ke atas NGO Islam itu. Siti Kasim mendakwa kononnya Ahmadiyyah adalah NGO Islam yang kini popular sebagai wira kepada mereka yang teraniaya. Siti Kasim menuduh mereka inilah ancaman kepada masyarakat dan pihak berkuasa kita perlu menghumbankan samseng-samseng ini ke dalam penjara.
Hakikat bahawa Siti Kasim adalah musuh kepada Islam adalah jelas dan nyata seperti perangai kurang sopan beliau itu.

Comments
Post a Comment