SERUAN PENYATUAN PAS DAN UMNO OLEH NIK ABDUH HARUS DIPERTIMBANGKAN



Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz meminta ahli PAS jangan menganggap UMNO sebagai 'musuh' sampai akhirat.

Sebaliknya, menurut beliau, ahli PAS mesti berfikir jauh ke hadapan bahawa perjuangan Islam ini bukan hanya soal PAS-UMNO tetapi perjuangan Islam adalah bagaimana PAS hendak membawa agama ini diterima oleh masyarakat.

Nik Abduh menjelaskan bahawa perkembangan Islam lahir daripada masyarakat dan bukan lahir dalam kelompok pemimpin tertentu.

Beliau menyeru jentera PAS supaya berfikir secara lebih luas jangan hanya fikir politik yang hanya berkisar kepada PAS dan UMNO sahaja.

Manakala kerjasama UMNO dengan PAS adalah berlandaskan agama dan ummah.

Di sini kita dapat simpulkan seruan ini adalah sebagai pemangkin supaya umat Islam di Malaysia ini membuka mata untuk mengutamakan agama dan bangsa untuk bersatu.

Tapi bagi mereka yang sering mengagungkan DAP dan rakan-rakannya, mereka ini boleh dianggap pengkhianat dan cuba meruntuhkan kerukunan agama dan bangsa yang sudah lama terbina di Malaysia.

Jika Umat Islam tidak bersatu kemungkinan besar corak pemerintahan yang ada sekarang tidak dapat dipertahankan. Sejak kebelakangan ini juga negara dan agama Islam dicabar dengan pelbagai provokasi bagi melemahkan mental dan fizikal umat Islam agar berpecah belah dan seterusnya hilang pedoman hidup.

Ayuh bersatu dan pertahankan apa yang ada dan apa yang kita nikmati selama ini. Jangan cemari minda umat Islam dengan anasir-anasir jahat yang dibawa oleh pembangkang terutama sekali yang bukan beragama Islam.

Comments