SEJAUHMANA KEWIBAWAAN FIRMA AUDIT BEBAS YANG DILANTIK DAP DAPAT MEMBERIKAN KEPUTUSAN CEC YANG ADIL



Semua sudah maklum pemilihan CEC DAP yang lepas mempunyai masalah dan tidak adil apabila kiraan undinya dimanipulasi oleh pihak yang telah dilantik untuk mengira undi para perwakilan.

Terdapat juga alasan yang diberikan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang bahawa software excel yang mereka gunakan semasa pengiraan tersebut bermasalah ataupun rosak.

Jawapan yang seperti inilah yang membuat penyokong dan ahli DAP meluat dan marah. Para pemimpin yang berpangaruh dalam DAP juga menggunakan kedudukan mereka untuk memenangkan "ORANG-ORANG" nya bagi memudahkan CEC dikawal oleh DINASTI LIM.

ADAKAH GRANT THORNTHON TELUS?

Walaupun DAP memilih syarikat audit bebas untuk melaksanakan pemilihan CEC pada 12 November ini, banyak pihak dan ramai para perwakilan mempertikaikan kredibiliti syarikat audit tersebut.

Syarikat yang berpengkalan di US dan mempunyai cawangan di Kuala Lumpur itu dikatakan dipilih DAP tanpa membuat tender terbuka. Tapi memang itulah dasar DAP yang diamalkan selama ini. Mereka akan melantik mana-mana syarikat secara direct tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Selain itu, mereka juga mempertikaikan mengapa DAP tidak memilih syarikat audit di dalam negara sahaja. Mungkin dengan memilih syarikat dari dalam negara akan dapat mengurangkan kos perbelanjaan dan mungkin mereka lebih peka dengan keadaan politik di dalam negara.

Tidak semestinya syarikat audit bebas ini tidak boleh memanipulasi kertas undi para perwakilan itu nanti. Diharap DAP tidak terpengaruh dengan jenama barat dan bukan bertujuan mahu mengaburi mata pihak berkuasa dan pihak pemerhati yang kononnya syarikat audit luar ini lebih cekap dan lebih bagus.

DAP atau RoS sepatutnya menambah lagi syarat dengan meletakkan pemerhati wakil dari parti politik yang berkecuali dari DAP untuk memastikan perjalanan pengundian CEC DAP berjalan dengan lancar dan adil.

Pesanan terakhir kepada RoS agar tidak memberi pengampunan dan pertimbangan kepada DAP jika pemilihan CEC pada kali ini dilaksanakan secara tidak adil dan tidak telus.

Lucutkan dan haramkan sahaja DAP sekiranya mereka melakukan kesalahan berkaitan undang-undang pertubuhan di dalam negara.

Comments