SEBELUM PRU 14, DAP DAN PAKATAN HARAPAN TABUR DUIT, SELEPAS PRU14 DAP TIBAI DUIT



Setelah mencongak-congak politik Pakatan Harapan mudah sahaja, sebelum, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) Pakatan Harapan janji bermacam-macam mempromosikan bajet tahunan, manifesto Pilihan Raya, media masa. Pakatan Harapan mula lah meletakkan tema-tema yang kononnya sangat mementingkan rakyat.

Apabila Pakatan Harapan sudah menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 mulalah Pakatan Harapan mencari, mengaut dan tibailah sebanyak mungkin duit dari mana sahaja sumbernya selepas ditabur dengan begitu banyak janji-janji manis dan palsu dalam pilihan raya lepas.

Pakatan Harapan tidak akan mempedulikan hal-hal rakyat, mereka akan terus mempersetankan janji-janji manis, memekakkan telinga daripada mendengar keluh kesah dan rintihan rakyat. Apa yang penting bagus banyak sangat janji-janji manis dan palsu yang sudah dihabiskan dan ditabur untuk memujuk rakyat maka lagi banyak yang mesti dikutip balik oleh Pakatan Harapan. Demikianlah politik kebendaan ala jahiliah Quraisy dan begitulah politik Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP yang berasaskan sekularisme dan nasionalisme. Apabila asasnya sudah rosak, semua yang dibuat juga akan rosak.

Setiap yang dibina oleh Pakatan Harapan berdasarkan sesuatu yang rosak, maka setiap perkara yang muncul darinya akan rosak juga, dan kalau asas perjuangan Pakatan Harapan sudah rosak, maka cara menguruskannya dan mengendalikannya akan turut rosak juga. Cara mentadbirnya rosak. Cara menjaga kepentingan rakyat juga rosak. Dan rosaklah negara secara keseluruhan.

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 pelbagai janji-janji manis dan palsu telah dilontarkan oleh pembangkang Pakatan Harapan telah dijadikan alat dan peluru untuk rakyat menyokong padu dan meraih undian rakyat bagi terus menyokong Pakatan Harapan. Yang pastinya Kerajaan DAP sebagai contoh mampu memerintah sekarang ini kerana mereka berjaya menabur janji-janji manis dan palsu sehinggakan mendapat sokongan kita dengan apa juga cara dan tindakan yang boleh mereka lakukan.

Sebagai contoh bagi mangsa banjir seperti di Pulau Pinang mereka cukup sengsara dan menderita menghadapi masalah banjir dan mereka turut mendapat dan menghadapi musibah yang berganda. Banjir yang memusnahkan sebahagian besar harta dalam rumah dan luar rumah, kos membaiki kenderaan, kos membeli peralatan baharu dalam rumah, tekanan perasaan bagi sesetengah orang, bantuan dari kerajaan baru-baru ini yang tidak seberapa, kemudian ditambah dengan persediaan anak-anak sekolah. Semuanya memakan ribu dan puluh ribu ringgit. Tup tup dengarnya tarif elektrik, tol dan beberapa perkara lain akan naik juga. Musibah bukan lagi berganda, tetapi berlipat-ganda.

Kesimpulannya PRU 14 lagu ‘Rakyat didahulukan’ yang dilaung-laungkan oleh pembangkang Pakatan Harapan acap dimainkan. Selepas PRU13 ‘just duit’ (bukannya just do it). Tunggulah PRU14 nanti, Pakatan Harapan akan tiba-tiba menjadi begitu baik, lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali. Duit akan ditabur balik kepada rakyat untuk mendapat mandat seterusnya. Adakah Melayu akan terus lupa?

Comments