SANDIWARA DAN DRAMA ANWAR IBRAHIM TIDAK DAPAT MENGGERAKKAN BAHU



Lakonan sakit dan cedera Bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berdasarkan kepada video dan artikel beliau yang diviral di media sosial sejak beberapa penggal yang lalu. Kini Anwar didakwa kononnya tidak mampu menggerakkan bahunya dan mengalami kesakitan yang amat teruk ketika menulis pula.

Menurut laman Facebook Bebas Anwar yang dikongsi oleh laman Facebook rasminya, kehidupan seharian ketua umum PKR telah terjejas berikutan kecederaan bahunya yang semakin teruk selepas terlibat dalam satu kemalangan pada 22 September yang lalu. Malah menurut catatan bertarikh 20 Oktober itu mendakwa kononnya keluarga Anwar telah menerima panggilan kecemasan daripada Anwar.

Ini semuanya sandiwara dan drama Anwar Ibrahim apatah lagi semakin dekat pilihan raya umum sehinggakan seramai 17 orang pakar perubatan datang merawat penyakit sakit bahu Anwar Ibrahim itu. Kalau orang biasa hanya seorang atau dua orang sahaja doktor yang akan merawat penyakit sakit bahu Anwar tetapi ini sampai 17 orang pakar datang merawat bahu Anwar. Itu baru sakit bahu sahaja, belum lagi sakit mahu mati, kalau sakit hendak mati mahu dibawanya berpuluh-puluh atau seluruh Doktor Pakar di Malaysia.

Kementerian Kesihatan memberikan jaminan bahawa Anwar akan diberikan perhatian dengan penuh kasih sayang agar kesakitan yang dialaminya itu kembali pulih dan sihat seperti sedia kala. Seramai 17 orang pakat perubatan datang dari sektor awam dan swasta berusaha memulihkan dan menyembuhkan Anwar Ibrahim. Itu pun Anwar masih lagi hendak berdrama dan bersandiwara sedangkan semua ini dilakukan bagi memastikan Anwar menerima rawatan yang sewajarnya daripada pengamal perubatan profesional yang pakar dalam bidang masing-masing.

Seramai 17 pakar kesihatan yang datang dari unit yang berlainan iaitu Orthopedik dua dari perubatan, Urologi dan Radiologi, seorang masing-masing dari Dermatologi, Neuologi, telinga, hidung dan tekak (ENT) dan pergigian. Sudah alang-alang pakar-pakar kesihatan datang untuk merawat dan menyembuhkan seluruh bahagian badan Anwar.

Selepas ini Anwar jangan lagi memberikan pelbagai alasan sakit dan bermacam-macam lagi kerana kerajaan sudah pun menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan kepada Anwar. Anwar tidak lagi boleh bercakap yang pihak mereka langsung tidak mengambil peduli terhadap kesihatan dan penyakit Anwar.

Kesimpulannya Abwar hentikanlah segala drama dan sandiwara untuk menyalahkan kerajaan, sedangkan kerajaan telah memberikan perkhidmatan dan rawatan yang terbaik kepada Anwar. Anwar mendapat layanan yang cukup istimewa jika mahu dibandingkan dengan banduan-banduan lain di penjara. Itu pun Anwar masih lagi tidak sedar diri dan tak tahu bersyukur.

Comments