RM1.1 BILION - PROJEK MESRA RAKYAT MENAIK TARAF JAMBATAN, LAMPU JALAN KAMPUNG, SURAU DAN PASAR



Dalam bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri di Parlimen baru-baru ini, peruntukan untuk pembangunan asas bagi rakyat di kawasan kampung dan pendalaman tidak dilupakan.

Sebanyak RM1.1 bilion telah diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf jambatan yang menghubungkan dari penembatan penduduk samada untuk menyeberangi sungai, parit dan longkang terus diambil perhatian.

Tidak lupa juga lampu jalan yang sebelum ini dinikmati oleh penduduk bandar dan kawasan kampung yang tertentu, kini ianya diperluaskan ke ceruk-ceruk kampung dan mungkin diperluaskan ke seluruh kawasan pendalaman bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk terjamin.

Bagi penduduk yang beragama Islam, bangunan surau yang uzur dan usang mungkin boleh diperbaiki dan dibina semula dengan bajet yang telah diperuntukkan oleh kerajaan. Sepertimana yang kita tahu agama Islam adalah agama rasmi persekutuan dan adalah wajar kerajaan memberikan peruntukan untuk menaik taraf surau di seluruh Malaysia.

Pasar awam juga amat penting bagi setiap majoriti penduduk di kawasan kampung dan luar bandar. Di pasarlah mereka akan mendapatkan keperluan bahan asas masakan dan keperluan harian. Mungkin dengan menaik taraf pasar ini akan memberikan lebih peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk setempat.

Oleh itu, kerajaan dilihat amat perihatin dengan keperluan rakyat yang tinggal di kampung-kampung dan di kawasan luar bandar. Kerana bajet pada kali ini iaitu Bajet 2018 adalah yang inklusif dan dekat dihati rakyat. Ini bertepatan dengan dasar kerajaan yang menggunakan motto "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" dalam setiap dasar yang diperkenalkan kepada rakyat.

Comments