RAMAI YANG MENOLAK CADANGAN PSM YANG AKAN BERTANDING 3 PARLIMEN & 4 DUN DI SELANGOR


PSM melalui Bekas Setiausaha Agungnya, S.Arulchelvan mengumumkan bahawa PSM akan bertanding di 3 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN di Selangor.

Antara tiga kerusi Parlimen yang bakal ditandingi PSM ialah Subang, Hulu Langat dan Hulu Selangor manakala empat kerusi DUN ialah Kota Damansara, Semenyih, Sri Muda dan Pelabuhan Klang.

Kerusi Parlimen Subang dikatakan pernah menjadi milik PSM namun ianya telah ditukar milik oleh PKR. Kerusi tersebut dikatakan tempat yang selesa bagi mereka yang bakal bertanding di sana.

Sivarasa Rasiah sebagai penyandang kerusi Parlimen tersebut mendapat majoriti kemenangan yang besar iaitu sebanyak 30 ribu pada PRU-13 yang lalu.

Manakala PSM kalah di DUN Damansara kepada BN setelah PAS juga telah meletakkan calon mereka di sana dan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Sesetengah pemimpin Pakatan Harapan ada yang bersetuju dengan tindakan PSM tersebut atas dasar PSM juga merupakan salah satu parti yang menyokong PH walaupun parti tersebut tidak menganggotai gabungan pembangkang.

Walau bagaimanapun ramai juga pemimpin pembangkang serta netizen di akar umbi menyifatkan tindakan PSM itu kurang cerdik dan tidak demokrasi.

PSM dikatakan hanya mahu mengambil kesempatan dengan apa yang telah dicapai oleh PKR dan DAP sebelum ini di kawasan tersebut.

PSM juga nampak kawasan berkenaan mempunyai peluang yang cerah untuk mereka menang dan mereka akan masuk campur dengan mahu merampasnya dari PKR dan DAP.

Netizen menganggap PSM sebenarnya adalah parti nyamuk yang hopeless! PSM juga tidak sedar diri apabila pada PRU yang lepas PKR membenarkan PSM menggunakan logonya untuk bertanding di Sg. Siput. Jika PSM menggunakan logo sendiri, sudah tentu PSM akan menempuhi kekalahan di sana.

PSM juga sepatutnya sedar bahawa kubu kuatnya di DUN Semenyih juga kalah kepada BN walaupun PKR yang bertanding pada PRU yang lalu. Juga didapati banyak masalah yang timbul di sana kerana masalah air, perumahan dan infrastruktur yang lain.

Nampak sangat PSM tidak buat kerja.

Comments