PULAU PINANG DIKAWAL TAIKUN JUDI DALAM URUSAN PEMBANGUNAN & JUAL BELI TANAH



Nama Tan Sri Tan Kok Ping disebut-sebut sebagai kroni Guan Eng yang paling rapat selepas IJM Land Berhad. Kok Ping adalah bekas pemimpin Parti Gerakan yang keluar dari parti tersebut selepas kegagalan Gerakan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang.

Kok Ping juga adalah Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Sekolah Han Chiang. Stop The Lies mendedahkan Tan Kok Ping merupakan orang kanan kepada taikun judi Sports Toto, Vincent Tan Di Pulau Pinang.

Tan Kok Ping juga tidak asing dengan kontroversi kerana beliau juga adalah ketua kumpulan kongsi gelap bawah tanah kumpulan “Pheh” atau kumpulan kongsi gelap Merah di Pulau Pinang.

Hubungan baik Kok Ping dengan Guan Eng amat rapat apabila beliau mewakili syarikat Berjaya Land (milik Vincent Tan) diluluskan membeli 57.3 ekar tanah dengan harga RM459 juta walaupun harga pasaran tanah sebenar untuk tanah Penang Turf Club (Padang Lumba Kuda Pulau Pinang) di Gergetown adalah bernilai RM1.5 billion.

Mereka berdua (Guan Eng-Kok Ping) digambarkan sangat rapat, sering kali bercakap melalui telefon dan boleh berjumpa dengan Ketua Menteri bila-bila masa tanpa perlu melalui proses temu janji.

Pada tahun 2011, masyarakat India Muslim sangat marah dengan Guan Eng dan mencabar Guan Eng untuk ‘bertumbuk’ di KOMTAR dan juga kejadian di Teluk Kumbar di mana Ketua Menteri hampir diserang oleh kemarahan masyarakat Melayu.

Apabila Kok Ping mengetahuinya melalui perbualannya dengan Guan Eng, beliau amat marah dan segera mencadangkan agar ditubuhkan skuad perlindungan persendirian khas untuk melindungi Guan Eng.

Kok Ping menawarkan sumbangan RM1 juta sebagai pembiayaan awal untuk penubuhan skuad khas itu. Oleh itu, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditubuhkan dan Guan Eng melancarkannya pada 17 September 2011.

Sudah tentu, PPS direka secara rasmi sebagai unit sukarelawan untuk memerangi jenayah kerana ia meronda di sekeliling bandar dengan jaket rasmi (berwarna unggu) mereka, menaiki motosikal dan bersenjata ‘walkie talkie’ tetapi agenda tersembunyi ialah untuk menyediakan pasukan keselamatan untuk Guan Eng di Pulau Pinang.

Ahli-ahli skuad PPS juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan semua anggota exco kerajaan negeri. Mereka (PPS) diletakkan di bawah seliaan ahli exco Phee Boon Poh

Pada tahun 2014, PPS yang dinaungi Kok Ping dan diselia oleh Phee itu menjadi kes polis apabila anggota PPS memukul individu-individu yang mengkritik pentadbiran Guan Eng.

Ong Eu Soon, seorang pencinta alam, aktivis NGO, ALIRAN telah dibelasah oleh lebih kurang 10 anggota PPS kerana mengkritik projek Terowong Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pernah mendedahkan sesetengah anggota PPS adalah bekas ahli kongsi gelap yang pernah terlibat dengan jenayah ugutan, samun, curi, membunuh tanpa niat, dadah dan kesalahan mengikut Akta Kastam.

Siasatan polis juga mendapati seorang daripada 11 lelaki itu merupakan anggota kongsi gelap dan lelaki berusia 50 tahun itu pernah ditahan menurut Ordinan Darurat

Kisah samseng Tan Kok Ping boleh dibaca dalam blog Stop The Lies. Artikel Captain M bertarikh 16 Januari 2017 juga berkaitan. 12 tahun sebagai Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (kini Penasihat PCCC). Malah Betty Chew isteri Lim Guan Eng pernah dilantik sebagai AJK PCCC bersama Phang Li Koon penjual banglo murah kepada Lim Guan Eng.

Di belakang pembelian tanah rakyat Peel Avenue tanpa tender yang menjadi isu sebelum ini adalah Tan Sri Tan Kok Ping. Beliau meletakkan anaknya Tan Poay Seng sebagai proksi dalam syarikat Island Hospital Sdn Bhd itu.

Tan Poay Seng turut menjadi Pengarah Urusan Magni-Tech Industries Berhad yang diasaskan bapanya Tan Kok Ping, Coronation Springs Sdn. Bhd dan Ahli Lembaga Pengarah di City Developments Limited berpengkalan di Singapura.

Kok Ping dikatakan berminat untuk mengambil alih Penang Port tapi dipintas oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Lim Guan Eng dikatakan berang dengan pengambilalihan tersebut dan selepas itu Lim Gua Eng dan DAP hentam sungguh-sungguh Syed Mokhtar.

Kok Ping dikatakan telah menderma sebanyak RM2 juta kepada SMJK (C) Heng Ee dimana anak lelaki Guan Eng bersekolah.

Siasatan kes angkara Tan Sri Tan Kok Ping yang mengelak cukai, judi tidak berlesen, pemilik pusat hiburan dan membayar rasuah jutaan ringgit sebulan wajar didedahkan kepada rakyat.

Jika boleh didakwa seperti Dato’ Seri Khor Teng Tong kerana Tan Kok Ping adalah kunci utama rasuah Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Tender terus yang diperolehi kroni Lim Guan Eng untuk membeli hartanah di Pulau Pinang di bawah harga sebenar adalah suatu amalan pecah amanah serta rasuah.

Comments