PPBM MAHU 60 KERUSI PARLIMEN PADA PILIHANRAYA UMUM KE-14



Adakah DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) bersedia untuk berkorban kerusi yang ditandingi mereka dan diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Permintaan sebanyak 60 kerusi Parlimen berbanding 222 kerusi adalah keterlaluan bagi sebuah parti yang baru bersama Pakatan Pembangkang.

Jelas sekali sikap tamak Dr Mahathir dan PPBM yang dahagakan kerusi-kerusi Parlimen menunjukkan mereka langsung tidak menghiraukan perjanjian kerjasama parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

PPBM perlu tahu dan beringat di sini bahawa bukan saja parti itu yang beria-ia untuk memiliki kerusi-kerusi parlimen yang diinginkan. DAP, PKR dan PAN semestinya mempunyai niat yang sama untuk bertanding kerusi yang banyak.

Kalau PPBM mahu 60 kerusi Parlimen, semestinya parti-parti komponen PH yang lain seperti DAP, PKR dan PAN juga mahu kerusi yang sama banyak atau lebih daripada PPBM.

Persoalannya di sini, sanggupkah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan seperti Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng menyerahkan kerusi parti mereka kepada PPBM.

Pemimpin seperti Kit Siang dan anaknya bukan mudah memberikan kerusi yang ditandingi parti mereka kepada parti lain lebih-lebih lagi parti yang baru bertapak seperti PPBM.

PKR pula semestinya tidak akan memberi kerusinya kepada PPBM kerana merasakan bahawa PPBM tidak mampu memberi impak kepada kerusi-kerusi milik mereka jika diberi kepada PPBM.

Secara kesimpulannya, Pakatan Harapan tidak dapat mencapai kesepakatan dalam mengagihkan kerusi-kerusi Parlimen pada pilihanraya akan datang. Ini kerana pasti ada parti yang tidak akan puas hati dengan agihan kerusi yang dibincangkan nanti.

PPBM sudah menunjukkan tanda-tanda sifat tamak haloba apabila mahu memiliki banyak kerusi Parlimen. Sikap ini lah menunjukkan bahawa PPBM adalah sebuah parti yang berselera besar walaupun baru setahun jagung tapi mempunyai nafsu yang besar.

Comments