PM AKAN BUAT YANG TERBAIK UNTUK NEGARA & RAKYAT DARI SEGI EKONOMI & PEMBANGUNAN



Kerajaan sentiasa berusaha memastikan negara Malaysia dan semua rakyatnya mendapat manfaat daripada ekonomi yang semakin meningkat.

Dalam catatan blog Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak menjelang pembentangan Bajet 2018, Najib berkongsi pengalaman pahit-maung yang dihadapi pentadbirannya dalam menangani cabaran ekonomi Malaysia sejak mengambil-alih tampuk pemerintahan negara pada 2009.

Antaranya eksport menurun 20 peratus, ekonomi mengucup 6.2 peratus, gaji rendah yang gagal menyaingi inflasi, kadar kemiskinan tinggi, ketidaksamaan pendapatan, kenaikan kadar tol yang kerap, pengangkutan awam yang teruk dan kapitalisme kroni yang berleluasa.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri telah berjaya membawa perubahan mendadak kepada ekonomi negara. Pendapatan per kapita rakyat telah meningkat daripada RM27,819 pada 2010 kepada RM40,713 tahun ini dengan pendapatan median bulanan meningkat daripada RM4,585 pada 2014 kepada RM5,288 pada 2016 bagi negara yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk ini.

Golongan berpendapatan rendah juga tidak terkecuali mendapat limpahan nikmat peningkatan ekonomi negara. Pendapatan isi rumah B40 juga telah meningkat kepada RM3,000 pada 2016 daripada RM2,629 pada 2014.

Kerajaan juga telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negara ini iaitu jatuh daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada hanya 0.4 peratus tahun lepas. Di Sabah sahaja, kadar itu berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada hanya 2.9 peratus tahun lepas.

Selain itu, Perdana Menteri juga menyedari isu kos sara hidup memberi kesan paling tinggi kepada mereka yang berpendapatan rendah, Perdana Menteri berkata kerajaan mengagihkan RM5.36 bilion dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 7.28 juta isi rumah tahun lepas dan juga memperkenalkan gaji minimum.

Tumpuan pembangunan kini bukan sekadar untuk Lembah Klang atau pantai barat sahaja, tetapi lebih daripada itu termasuk kawasan-kawasan lain yang telah diabaikan terlalu lama. Keperluan perhubungan darat seperti jalan, lebuh raya dan kereta api di negeri itu juga diambil kira oleh kerajaan persekutuan demi kemudahan dan keselesaan rakyat.

Malah pembangunan termasuk keperluan air untuk rakyat di negeri-negeri yang diperintah pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang turut diberi keutamaan oleh pentadbiran Perdana Menteri. Begitu juga keperluan pembangunan di Sabah dan Sarawak dengan penyediaan peruntukan yang banyak untuk tujuan itu oleh kerajaan persekutuan.

Semua yang kita lakukan adalah untuk kebaikan rakyat dan Perdana Menteri akan berusaha untuk bersikap adil kepada semua negeri, termasuk yang dipegang oleh pembangkang walaupun terpaksa melaksanakan banyak keputusan yang sukar tetapi perlu dilakukan walaupun ianya tidak selalu popular. Pendekatan pembangunan pentadbiran Najib kini mengutamakan pembangunan yang lebih adil, lebih inklusif, dan meningkatkan semua sektor penduduk dan kawasan di negara ini.

Comments