PERCATURAN LIM GUAN ENG DALAM PEMILIHAN CEC DAP



Seramai 2000 lebih perwakilan DAP dari seluruh negeri di Malaysia akan mengundi dan memilih 20 anggota Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam pemilihan semula keanggotaan CEC DAP pada pertengahan November 2017 nanti.

Difahamkan bahawa terdapat ramai orang kanan dan proksi kepada Lim Guan Eng yang akan terpilih semula menganggotai CEC nanti. Orang-orang ini merupakan orang yang boleh mendengar arahan Lim Guan Eng dan tidak menentangnya.

Proksi-proksi ini akan dikekalkan jawatannya dan percaturan sulit bakal dilakukan bagi memastikan orang-orang ini terus dikekalkan dalam DAP. Antara proksi Lim Guan Eng adalah Tan Kok Wai, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Teo Nie Ching dan Teresa Kok.

Manakala antara individu-individu yang akan dijadikan sasaran untuk digugurkan dari pemilihan nanti ialah Dr Tan Seng Giaw, Chow Kon Yeow, Dr. Boo Cheng, P. Ramasamy dan ramai lagi. Ini kerana kesemua pemimpin ini adalah individu yang tidak sehaluan dengan Lim Guan Eng dan sering bercakaran dengannya dan menentang agendanya.

Selain itu, individu-individu yang akan dinaikkan dari team Lim Guan Eng adalah seperti Lim Hui Ying anak perempuan kepada Lim Kit Siang, Ronnie Liu bekas Exco Selangor kerana mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan Lim Guan Eng.

Walaubagaimanapun malang bagi Zairil Khir Johari kerana dia pasti tidak akan terpilih kali ini untuk mewakili orang Melayu dalam DAP. Puncanya adalah kerana skandalnya yang hangat diperkatakan telah mencemar imejnya.

Sudah pasti, Dyana Sofea adalah individu yang paling gembira apabila perkara ini terjadi kerana dia telah ditinggalkan oleh Zairil setelah mendapat madu baru. Lim Guan Eng juga tidak mahu meneruskan khidmat Zairil diteruskan kerana imej DAP sudah tercalar kerana dia.

Apapun, mereka yang terpilih nanti, dalam masa yang terdekat akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang akan dipilih sebagai Pengerusi DAP, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan lain dalam CEC DAP. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan Lim Guan Eng dan bapanya.

Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu yang berada di dalam kandang yang dicucuk hidung dan dibawa ke sana ke mari serta perlu patuh kepada tuannya. Mereka tiada pilihan dan terpaksa memilih Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung, orang yang paling berkuasa dalam DAP jika tidak karier politik mereka dalam DAP akan terancam.

Jesteru, tidak musathil percaturan-percaturan senyap akan dilakukan oleh Lim Guan Eng untuk memastikan kedudukannya dalam DAP terjamin. Ini kerana Lim Guan Eng mahu terus berkuasa dalam parti DAP!

Comments