PERBUATAN JANDA MELETOP NURUL IZZAH SATU PENGKHIANATAN




Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap tindakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertemu dengan anak perempuan kepada Jamalul Kiram lll iaitu Jacel Kiram merupakan penderhakaan kepada negara. Melalui pernyataan saksinya dalam perbicaraan kes saman fitnah Nurul Izzah terhadap beliau dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau beranggapan demikian kerana Nurul Izzah bertemu dengan individu yang dikaitkan dengan kumpulan yang mengisytiharkan perang terhadap Malaysia.

Nurul Izzah membuat saman berkenaan setelah perjumpaan sulit beliau dengan anak ketua penceroboh itu dikomen oleh menteri berkenaan. Nurul Izzah mendakwa bahawa pertemuan beliau yang diakhiri dengan sesi penggambaran mereka berdua adalah bertujuan bagi mendesak pembebasan Anwar daripada penjara. Apa yang anehnya adalah beliau bertemu seorang yang jelas merupakan pihak luar yang tidak ada kena-mengena dengan isu negara ini DAN pada masa yang sama merupakan anak PENCEROBOH adalah sesuatu yang mengkagumkan.

Sultan Kiram adalah orang yang bertanggungjawab mengarahkan pencerobohan dan melancarkan perang ke atas Tanduo Lahad Datu yang telah mengorbankan ramai anggota keselamatan negara. Perbuatan Janda Meletop Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertemu dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Jamalul Kiram III, Jacel Kiram yang dianggap sebagai musuh negara adalah satu pengkhianatan. Pengkhianatan Janda Meletop ini merupakan satu kesalahan yang sangat serius yang boleh dikategorikan sebagai kesalahan terhadap negara dan boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

Perbuatan Nurul Izzah ini menambahkan lagi spekulasi penglibatan Anwar dalam pencerobohan di Lahad Datu sehinggakan Nurul Izzah telah diboikot dan dihalang masuk ke Sabah dan Sarawak kerana berkomplot dengan musuh negara. Orang Sabah terutamanya amat marah dan kecewa melihat gambar-gambar Nurul Izzah bersama Princess Jacel Kiram yang pernah menjadi jurucakap kepada tentera Kiram semasa insiden pencerobohan di Tanduo 2013 yang lalu.

Jadi apa cerita Nurul Izzah perlu terhegeh-hegeh bergambar dengan jurucakap tentera Kiram pada tahun 2015?

Di dalam penjelasan yang diberikan melalui Facebook, beliau menyatakan bahawa beliau tahu dan faham perasaan rakyat Malaysia terhadap gambar beliau dan Jacel Kiram serta menyatakan perasaan kesal beliau. Tetapi tiada permohonan maaf dinyatakan.

Nurul Izzah sepatutnya sedar apakah perasaan ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden itu apabila melihat Nurul Izzah bergambar dengan rasa gembira dan berbual mesra dengan anak dalang yang membunuh suami dan bapa mereka. Malah ada anggota keselamatan yang lehernya hampir putus dikelar pengganas Kiram. Apa perasaan anak-anak arwah Arwah Koperal Salam Togiran yang dengar khabar Arwah Koperal Salam hampir-hampir kepala dipenggal? Sudah pasti mereka berasa sakit hati dengan perbuatan Nurul Izzah itu.

Keselamatan dan kedaulatan adalah isu yang menyentuh hati dan jiwa raga orang Sabah dan apabila ada sesiapa sahaja yang cuba berdamping dan bermesra dengan musuh ia sebenarnya adalah suatu pengkhianatan terhadap kedaulatan dan keamanan negara.

Tindakan Nurul Izzah ini bukan sahaja menghina orang Sabah, tetapi sengaja memandang rendah pengorbanan pasukan keselamatan yang berjuang dan menggadai nyawa demi mempertahankan keamanan dan keselamatan negeri Sabah.

Ini termasuklah tindakan yang menggunakan kuasa yang ada dan Akta Imigresen bagi menghalang pihak yang berkenaan siapa lagi kalau bukan Nurul Izzah daripada memasuki negeri berkenaan walaupun dari pintu mana sekali pun kerana dikhuatiri mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan dan keamanan negeri Sabah.

Nurul Izzah seharusnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutama sekali kepada orang Sabah khususnya tanpa cuba memberikan sebarang alasan kerana tidak ada satu alasan pun yang akan menghalalkan perbuatan dan tindakan Nurul Izzah itu.

Nurul Izzah perlu ingat bahawa penyokong-penyokong Jacel Kiram sampai sekarang masih lagi mencari cara untuk menawan dan menakluk Sabah termasuklah melalui pencerobohan yang bersenjata. Namun begitu apa yang dikesali sehingga sekarang Nurul Izzah tidak pernah memohon maaf dan jangan pula selepas ini Nurul Izzah mahu menyalahkan Kerajaan Negeri Sabah jika pada masa hadapan Kerajaan Negeri Sabah tidak membenarkan Nurul Izzah melawat negeri Sabah.

Kesimpulannya rakyat Malaysia khususnya orang Sabah amat marah dan kecewa dengan tindakan pemimpin pembangkang Nurul Izzah kerana jelas sekali Nurul Izzah langsung tidak memikirkan sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa dan orang Sabah yang terlibat. Hanya kerana mahu dibebaskan bapa dia yang meliwat, sekali lagi matlamat menghalalkan cara itu yang akan Nurul Izzah guna pakai.

Comments