PEMILIHAN CEC DAP AKAN DATANG, LIM GUAN ENG TIDAK LAYAK BERTANDING KERANA SKANDAL RASUAH BELUM SELESAI



Isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sememangnya mendatang banyak kontroversi-kontroversi hangat di negara kita kerana ianya dipertikaikan oleh ROS dan kaedah pemilihannya juga diragui ahli-ahli DAP sendiri.

Adalah difahamkan bahawa pucuk pimpinan DAP Pusat bersetuju untuk mengadakan pemilihan semula CEC DAP pada pertengahan bulan November tahun ini di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam. Persoalannya layakkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertanding dalam pemilihan CEC parti DAP?

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Lim Guan Eng tidak sepatutnya bertanding pada pemilihan semula CEC parti itu kerana sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah. Atas dasar integriti dan maruah, Ketua Menteri Pulau Pinang itu seharusnya mengecualikan dirinya sebagai calon pada CEC dijadual November ini walaupun senarai calon terbabit berasaskan pada pemilihan Disember 2012.

Secara rasionalnya mengecualikan dirinya sebagai calon adalah contoh terbaik keranaa Lim Guan Eng masih berhadapan dengan dua pertuduhan rasuah. Malah ketika beliau terlibat dengan skandal rasuah ini beliau masih enggan melepaskan jawatannya sebagai ketua menteri.

Disebabkan skandal ini, adalah relevan untuk Lim Guan Eng menolak sebarang jawatan dalam parti berasaskan kepada lantikan oleh 20 pemegang jawatan CEC setelah pemilihan parti bagi kali ke-3 selesai kelak.

Selain itu, tidak mungkin akan timbul soal pentadbiran DAP akan menjadi cacat tanpa penglibatan Guan Eng kerana sebelum ini pun kecacatan terhadap dua pemilihan tidak diiktiraf oleh ROS adalah ketika beliau menjadi setiausaha agung.

Ini adalah peluang terbaik buat Lim Guan Eng mentransformasikan soal akhlak mulia serta elemen integriti mahupun kredibiliti dan maruahnya. Jika beliau tidak berani berbuat demikian ternyata Lim Guan Eng adalah jenis manusia yang tamak dan gila kuasa dalam DAP serta tidak menghiraukan maruah diri dan parti!

Comments