PAS AKAN AMBIL ALIH SEMUA KERUSI PKR PADA PRU14


PAS akan meletakkan calon di semua kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) termasuk milik PKR, di negeri ini.

PAS juga memutuskan untuk bertanding tanpa mengadakan sebarang perbincangan dengan PKR.

Ini kerana kali ini PAS tidak ada pembahagian kerusi kerana PAS tidak akan berbincang dengan PKR.

Sebaliknya, PAS akan meletakkan calon di semua kerusi dan sedia berdepan tiga penjuru termasuk calon DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

PAS juga tidak gentar dengan parti lawan termasuk DAP yang mahu bertanding di negeri ini kerana perkara terbabit sudah dijangka.

Sesiapa saja boleh bertanding di Kelantan dan PAS akan berdepan dengan mereka khususnya Pakatan Harapan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, DAP yang tidak pernah bertanding di Kelantan mahu berbuat demikian bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Parti itu menyampaikan hasratnya kepada pakatan pembangkang negeri itu untuk berbuat demikian dan PAS sudah bersedia berdepan musuhnya Pakatan Harapan.

Comments