MISI SINGAPURA BELI PESAWAT BOEING UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI AS JUGA



Singapore Airlines mengikut jejak langkah Malaysia dengan membeli pesawat Boeing sebanyak 39 buah pesawat bernilai USD 13.8 bilion.

Namun, Malaysia hanya membeli 16 pesawat yang bernilai USD 8 bilion sahaja. Namun pembelian tersebut dengan pakej lengkap iaitu Malaysia akan mempunyai tempat pembaik pulihan pesawat sendiri di Kuala Lumpur.

DS Najib menyatakan pertemuannya bersama Trump bahawa ekonomi kedua-dua negara akan kukuh dengan pelaburan tersebut sambil memulihkan ekonomi AS.

Manakala Trump pula mengungkapkan kesepakatan bersama Singapura bahawa pembelian pesawat tersebut akan membuka peluang kerja baru untuk sekitar 70 ribu orang di AS.

Pelaburan ke negara asing seperti ke Amerika Syarikat akan membawa situasi menang-menang sebenarnya. Si penjual akan dapat untung dan akan meningkatkan ekonomi mereka.

Manakala si pembeli akan menggunakan barang yang dibeli atau ditempah dengan sebaik mungkin bagi menjana pendapatan negara masing-masing.

Pembangkang di Malaysia perlu sedar Malaysia dalam usaha pemulihan Malaysia Airlines dan kita mesti menyokong usaha tersebut.

Pada November 2016 Malaysia Airlines Berhad mengumumkan akan membeli 25 lagi pesawat (selepas dua tragedi berbeza 2 tahun lalu).

MAS akan menggantikan 16 pesawat untuk menggantikan pesawat yang telah agak lama, serta menambah 10 lagi pesawat bagi menjana keuntungan buat syarikat.

Kalau ikut logik Pakatan Harapan, Singapura pun 'Jual Negara' Kepada Amerika Seperti Malaysia. Kerana sebelum ini Pakatan Harapan menggambarkan pembelian pesawat baharu oleh Malaysia Airlines dari Amerika Syarikat sebagai sebuah skandal, disamping mendakwa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke White House untuk 'membayar ufti' kepada Amerika Syarikat.

Comments