MASALAH MAKANAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA ADALAH SALAH MAHATHIR.



Pakatan Harapan (PH) telah menyalahkan Najib di atas kenaikan harga barangan terutamanya makanan. Menurut mereka, negara terpaksa mengimport makanan daripada luar negara sehingga menyebabkan aliran matawang keluar negara sukar dikawal dan harga makanan bergantung kepada nilai mata wang asing.

Salah satu pemimpin Pakatan yang mengetuai serangan tersebut adalah Mahathir.

Malangnya, Pakatan Harapan sengaja mengabaikan hakikat bahawa Mahathir adalah bertanggungjawab menyebabkan masalah tersebut.

Mahathir telah secara tergesa-gesa memperkenalkan dasar menggalakkan industri berat sebagai fokus ekonomi negara di sepanjang pemerintahan beliau. Perlu dinyatakan bahawa transformasi industri berlaku sejak zaman Tun Abdul Rahman sehingga Tun Hussein Onn tetapi transformasi perindustrian pada ketika itu diimbangkan dengan dasar pertanian. Sebaliknya Mahathir hanya mengfokuskan kepada perindustrian sehingga mengabaikan dasar pertanian yang diperkenalkan di zaman Tun Abdul Razak.

Sebagai contoh terbaik, beliau melancarkan projek-projek mega seperti PROTON dan pembinaan-pembinaan berskala besar seperti Litar Sepang.

Mahathir pernah ditemubual mengenai dasar tersebut dan beliau menjawab bahawa Malaysia sebenarnya mempunyai kemampuan untuk menghasilkan makanan mencukupi bagi seluruh rakyatnya. Tetapi beliau memutuskan untuk mengekalkan penghasilan makanan di bawah 70% dan mengimport bakinya daripada negara luar.

Malaysia yang diwarisi oleh Abdullah Badawi dan Najib sememangnya mempunyai masalah kebergantungan kepada makanan daripada negara luar.

Sudah tentu penyokong-penyokong Mahathir akan menyatakan bahawa dasar-dasar tersebut mudah digantikan semula dengan dasar menggalakkan pertanian. Namun perlu diingatkan bahawa adalah sukar untuk melaksanakannya dengan Mahathir kerap campur tangan dalam pentadbiran negara walaupun telah bersara. Hanya setelah Mahathir berambus daripada UMNO barulah penggantian dasar lebih mudah dilaksanakan.

Comments