MALAYSIA TERUS TERIMA LIMPAHAN KERJASAMA NEGARA LUAR, KINI GILIRAN NEGARA QATAR JALIN KERJASAMA DENGAN MALAYSIA



Di kala, pihak pembangkang menjaja cerita dan fitnah bahawa negara bakal bankrap, banyak berita-berita baik diterima negara antara menerima pelaburan dan kerjasama daripada negara antarabangsa seperti China, India, Perancis, Arab Saudi, United Kingdom, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Kini negara Qatar juga berminat untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani telah menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani di Seri Perdana petang kelmarin dalam mengeratkan hubungan dua hala Malaysia dan Qatar.

Empat MoU berkenaan adalah kerjasama dalam bidang latihan diplomat, kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, kerjasama aktiviti perundangan dan kerjasama kehakiman.

Mewakili Malaysia dalam majlis menandatangani MoU terbabit adalah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Peguam Negara, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar.

Kerajaan Qatar pula diwakili oleh Menteri Luarnya, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani dan Ketua Majlis Kehakiman Tertinggi Qatar, Masoud Mohamed A. Amiri.

Secara kesimpulannya, Malaysia terus menjadi tumpuan negara luar untuk menjalinkan kerjasama pelaburan mahupun kerjasama dua hala yang menguntungkan negara yang terlibat. Dakwaan bahawa Malaysia tidak mempunyai daya penarik sebagai pusat pelaburan di rantau Asia Tenggara sememangnya tidak benar.

Adakah dengan kerjasama Malaysia-Qatar ini akan dipolitikkan pihak parti pembangkang sebagai tindakan menjual negara kepada Qatar. Ini kerana pihak pembangkang akan membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap isu pelaburan luar kerana pihak pembangkang sentiasa cemburukan kemampuan Perdana Menteri untuk menarik pelaburan dari luar negara ke Malaysia.

Comments