MALAYSIA AIRLINES MENERAJUI PENERBANGAN NEGARA DENGAN MENAMBAH PESAWAT DAN MENJADI HUB BAIK PULIH DAN PENYELENGGARAAN PESAWAT



Malaysia Airlines Bhd membuat tempahan hingga 16 unit pesawat jenis badan lebar jenis 787 Dreamliner dan 737 MAX bagi memenuhi peningkatan permintaan.

Pesawat badan lebar atau 'widebody aircraft' merujuk kepada jenis pesawat enjin jet yang menyediakan dua lorong laluan dalam pesawat yang juga dikenali sebagai pesawat laluan berkembar atau 'twin-aisle aircraft', seperti Airbus A330 dan A350 dan Boeing 787.

Pembelian ini akan akan menggantikan 15 unit pesawat lama dan menambah 10 unit baharu bagi merancakkan lagi pertumbuhan penerbangan di dalam dan luar negara.

Setakat ini penerbangan Malaysia Airlines hanya mempunyai laluan jauh ke London sahaja kerana kekurangan pesawat dan harga jualan tiket untuk penerbangan ke destinasi lain agak tidak sesuai.

Malaysia Airlines mempertaruhkan laluan baharu pertama dalam hampir sedekad iaitu ke negara China. Sebanyak lapan destinasi baharu yang telah dipilih syarikat itu dan menambah 11 lagi laluan baharu antara Malaysia dan China pada 2017.

Selain itu, perjanjian yang dimeterai antara Malaysia Airlines dan Boeing membabitkan penawaran perkhidmatan penyelenggaraan Global Fleet Care yang ditawarkan Boeing untuk pesawat sedia ada dan akan datang milik Malaysia Airlines.

Ini kerana kedua-dua syarikat ingin membangunkan pusat baik pulih dan penyelenggaraan (MRO) bertaraf dunia bagi 737 MAX, 787 dan 737NG yang akan berpangkalan di kemudahan sedia ada di Kuala Lumpur.

Dengan terbinanya pusat baik pulih dan penyelenggaraan ini Malaysia Airlines dapat menjimatkan kos serta berusaha menjadi hub baik pulih kepada syarikat lain yang berpengkalan di KLIA dan KLIA2.

Ketika ini Malaysia Airlines mengendalikan lebih 50 unit pesawat Boeing jenis 737 Generasi Akan Datang dan tambahan 25 unit 737 MAX yang sudah ditempah, termasuk 10 unit bagi 737 MAX 10 baharu.

Rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan pencapaian terbaru ini. Jika kita mahu mengharapkan MAS kembali ke zaman kegemilangannya, rakyat mesti menyokong penerbangan Malaysia dengan membeli tiket untuk terbang ke mana-mana destinasi dalam atau luar negara.

Malah selepas termeterainya perjanjian MoU antara Malaysia Airlines dan Boeing ini, Singapura juga mengikut jejak langkah Malaysia untuk menempah sebanyak 39 pesawat pelbagai jenis dari Boeing untuk memenuhi sebahagian daripada rancangannya untuk memodenkan angkatan pesawatnya bagi tempoh sedekad akan datang.

Walau bagaimanapun Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong belum memuktamadkan pembelian pesawat berkenaan dan berharap satu perjanjian akan ditandatangani dengan Boeing bagi membeli lebih banyak pesawat untuk Singapore Airlines semasa lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) dari 22 Oktober hingga 26 Oktober ini.

Comments