MAHFUZ TAKUT KELUAR PAS KERANA AKAN JATUH TALAK 3 KE ATAS ISTERINYA



Sejak 2004 lagi PAS telah melaksanakan sumpah (bai'ah) terhadap setiap calon wakil rakyatnya untuk tidak meninggalkan parti.
Sekiranya mereka ingkar dan meninggalkan parti maka taraf perkahwinan mereka sesama suami isteri akan dijatuhkan talak 3.

Perkara inilah yang menghantui pemikiran setiap wakil rakyat PAS yang mahu melompat parti atau sebagainya. Kerana jika perkahwinan yang telah jatuh talak 3 mereka tidak boleh rujuk semula.

Jika mereka mahu menjalin semula ikatan perkahwinan tersebut, mereka perlu mengikat tali perkahwinan yang baharu dengan akad yang baharu.

Itu pun setelah si isteri berkahwin dengan orang lain terlebih dahulu dan telah menjalin hubungan seks sebagai suami isteri.

Selepas si isteri diceraikan oleh suami barunya, barulah suami terdahulu boleh menikahinya kembali.

Dalam situasi Mat Sabu dan beberapa wakil rakyat PAS yang telah keluar parti menyertai atau menubuhkan parti lain, mereka menganggap sumpah (bai'ah) tersebut tidak sah dan hanya amalan kalut ulama politik PAS sahaja.

Tapi bagi Mahfuz Omar mungkin dia menganggap sumpah (bai'ah) berkenaan wajib dipatuhi dan terpakai ke atas dirinya selaku wakil rakyat PAS di Parlimen Pokok Sena.

Apa yang boleh dilihat kini perjuangan Mahfuz adalah untuk Pakatan Harapan namun dia tidak berani untuk keluar PAS kerana terikat dengan sumpah (bai'ah) tersebut.

Inilah ciri-ciri suami yang soleh...
Tapi dibenci oleh ahli dan kepimpinan PAS...

Comments