MAHFUZ SUDAH TIDAK BERGUNA UNTUK PAS, LEBIH BAIK MAHFUZ UMUM MASUK AMANAH



Sikap Mahfuz Omar yang sering kali mempertikaikan pendirian dan perjuangan PAS menunjukkan sikapnya yang tidak senada dengan PAS walaupun beliau masih bersama dengan PAS.

Walaupun Mahfuz Omar sering kali membidas atau mempertikai tindakan PAS, parti PAS belum memecat Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar kerana parti itu mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa tiada keperluan buat parti itu menumpukan terhadap Mahfuz malah menganggapnya sebagai ‘buang masa’.

PAS hanya mahu memberi perhatian kepada PRU14 yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa dan tidak mahu memikirkan mengenai Mahfuz yang sudah tidak berguna untuk PAS.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor juga mengesahkan bahawa Mahfuz tidak akan tersenarai sebagai calon PRU14 bagi kerusi Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz diminta dan disarankan untuk menggunakan platform lain bagi melayakkannya bertanding pada PRU14 nanti.

Semestinya, keputusan ini adalah satu keputusan tegas PAS yang mahu meletakkan calon yang memperjuangkan agenda PAS sebagai agenda utama dan bukannya memperjuangkan agenda parti lain seperti mana yang dilakukan Mahfuz.

Mahfuz masih boleh berada dalam PAS walaupun dilihat pro Pakatan Harapan. Mahfuz boleh berada dalam PAS selagi dia mahu sehingga PAS ambil tindakan terhadapnya!

Atau dia boleh mengambil pilihan lain untuk menyertai parti lain seperti Amanah jika mahu menjadi calon PRU14 lagi.

Comments