MAHFUZ PRO-PAKATAN : BAJET YANG DIBENTANGKAN OLEH NAJIB 'POWER'!!!



Baru-baru ini Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan Bajet 2018 di Parlimen, sekaligus menunjukkan bahawa bajet alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan sebelum itu umpama mimpi di sepanjang hari.

Tentunya, bajet alternatif tampak sedap didengar dan senang di mata dengan menjanjikan pengekalan BR1M (yang dipanggil sebagai dedak atau rasuah), pendidikan percuma (walaupun Azmin masih lagi tidak berjaya menunaikan janji berkenaan di Selangor) dan penghapusan GST (walaupun tiada kaedah percukaian yang sesuai dicadangkan).

Walaupun ada yang mengatakan bahawa Bajet Pakatan Harapan adalah bajet “Cut and Paste”, pernyataan tersebut adalah tidak tepat. Sekiranya Bajet Pakatan Harapan benar-benar bajet “Cut and Paste”, sekurang-kurangnya bajet berkenaan boleh dilaksanakan. Sebaliknya Bajet Pakatan Harapan hanya menceritakan janji-janji mereka di samping mengkritik kerajaan BN yang sedang memerintah. Kaedah pelaksanaan tidak disentuh secara serius, menimbulkan keraguan bahawa bajet itu boleh dilaksakanakan.

Selain itu, ayat-ayat yang digunakan di dalam bajet jelas menunjukkan mereka melihat mereka sendiri sebagai ‘pembangkang’ dan bukannya kerajaan yang memerintah. Sepatutnya bajet alternatif perlu menunjukkan bahawa mereka meletakkan diri mereka di dalam kedudukan sebagai kerajaan yang memerintah, sesuatu yang mereka boleh lakukan dengan mudah memandangkan Selangor dan Pulau Pinang diperintah oleh Pakatan Harapan.

Pendek cerita, Pakatan Harapan tidak melihat mereka sendiri mampu membentuk kerajaan persekutuan yang berkesan.

Seperti yang dijangkakan, bajet yang dibentangkan oleh Najib telah melangkaui jangkaan mereka. Oleh itu apabila ditanya, mereka hanya mampu memberi kritikan-kritikan dengan muka toya and dalam kes Azmin, dengan kurang kemaluan cuba mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan meniru bajet kerajaan beliau. Tetapi satu komen yang menarik adalah komen daripada Mahfuz Omar, ahli parlimen PAS pro-Pakatan Harapan yang menyamakan bajet 2018 yang dibentangkan oleh Najib seumpama daun ketum.

Mahfuz membayangkan bahawa bajet yang dibentangkan oleh Najib adalah mengkhayalkan, serupa seperti daun ketum. Sudah pasti, daun ketum, seperti mana-mana bahan boleh mendatangkan mudarat sekiranya disalahgunakan. Selain itu, tidak seperti pandangan umum, masyakat di utara sedar bahawa daun ketum adalah secara tradisionalnya adalah ubat yang mujarab, dan digunakan secara tradisional untuk memberi kekuatan melakukan kerja berat.

Jadi, secara tidak langsung, apabila menggunakan perumpamaan tersebut, Mahfuz memuji bajet yang diumumkan oleh Najib sebagai memberi kekuatan kepada negara untuk ‘melakukan kerja berat’ iaitu merancakkan lagi pertumbuhan. Sudah tentunya ianya jauh lebih baik daripada bajet Pakatan yang tidak bermaya.

Selain itu, daun ketum juga diambil secara tradisional oleh ibu-ibu untuk menjaga kesihatan selepas bersalin. Mungkin Mahfuz mengambilkira hakikat tersebut apabila membuat komen memandangkan bajet turut memperluaskan faedah bagi wanita-wanita bersalin.

Tentu ada yang mengatakan bahawa Mahfuz tidak berniat untuk memuji bajet yang telah diumumkan. Malangnya, Mahfuz boleh saja menggunakan amphetamine, ecstasy, dadah ataupun arak sebagai perumpamaan. Tetapi beliau tidak berbuat demikian. Mengapa beliau tidak berbuat demikian walaupun sudah tahu akan ditanya oleh pemberita? Sudah tentu kerana beliau tahu keberkesanan bajet yang diumumkan berbanding bajet alternatif.

Kesimpulannya, bajet yang diumumkan oleh Najib adalah bajet yang “POWER”, tidak seperti bajet Pakatan yang kekal kulup tidak bermaya.

Comments