Saban hari Tun Mahathir Mohamad dilihat hanya memalukan dirinya sahaja dengan setiap tindakan atau apa yang dikatakannya sekarang.
Ini kerana dendam, beliau membuat pusingan 360 darjah sehingga sanggup berlutut kepada Pembangkang yang amat dibencinya suatu ketika dahulu semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rasanya seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Tun Mahathir adalah orang yang penjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berkuasa dahulu. Dipecatnya Anwar sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, dan dihumbannya ke Sungai Buluh sebab salah laku meliwat. Namun terbaru, beliau buat lawak apabila sain petisyen untuk bebaskan Anwar. Tak lawak ke?
Sesuai jugalah Mahathir sekiranya beliau menyertai Maharaja Lawak Mega sebab aksi dan perilakunya semakin kelakar sehinggakan boleh pecah perut tahan ketawa. Lapan tahun Anwar meringkuk dipenjara sampai tertubuhnya PKR. Sekarang ini orang yang sama juga mahukan Anwar dibebaskan daripada penjara, pun atas kesalahan meliwat.
Alasan Mahathir adalah kerana tindakannya dulu memenjarakan Anwar atas maklumat Ketua Polis Negara pada masa itu. Jadi sebab itu beliau percaya dan hukum Anwar. Tetapi dalam soal mengenakan hukuman beliau bukan atas sebab percaya atau tidak percaya tetapi berlandaskan bukti-bukti yang ada maka seseorang tertuduh dikenakan hukuman.
Masa Mahathir jatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar, hampir majoriti rakyat Malaysia tidak percaya perlakuan tidak senonoh Anwar, ahli politik yang kelihatan suci itu. Kenapa Mahathir masih lagi menjatuhkan hukuman terhadap Anwar?
Dan hari ini peristiwa sama berulang, tetapi Mahathir berkata sebaliknya dengan mengatakan bahawa Anwar tidak bersalah dan layak dibebaskan dan kemudian diangkat menjadi Perdana Menteri Ketujuh.
Benarlah kata orang. Eloklah Mahathir ni duduk masjid dan buat amal ibadah sementara menunggu hari-hari kematian daripada cetus kacau-bilaukan negara, semata-mata tidak puas hati dengan kepimpinan Kerajaan sekarang.

Comments
Post a Comment