MAHATHIR CIPTA REKOD DENGAN BERSEKONGKOL DENGAN DAP



Ahli Majlis (MT) UMNO yang turut merupakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menyatakan bahawa Mahathir telah mencipta rekod apabila bersekongkol dengan DAP. 
Beliau membuat pemerhatian bahawa bekas pemimpin MCA sendiri tidak pernah duduk bersekongkol dengan DAP walaupun mereka dari bangsa yang sama, berbanding apa dilakukan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebagai contoh walaupun Tun Dr. Ling Liong Sik dan Tan Sri Ong Ka Ting telah kehilangan posisi mereka di dalam MCA, mereka tidak berebut-rebut untuk menjalinkan hubungan dengan DAP.

Sebaliknya, Tun Dr Mahathir, yang dikenali sebagai ‘Melayu Ultra’ sanggup berbuat demikian.

Apa yang ironis berkenaan hakikat tersebut adalah Mahathir bersekongkol dengan DAP untuk menghapuskan parti yang pernah dipimpin oleh beliau sendiri selama 22 tahun. Dan sepanjang 22 tahun tersebut, Tun melabel DAP sebagai parti rasis.

"Ada dalam kalangan pemimpin MCA sendiri yang beritahu saya, tidak pernah nampak bekas presiden atau bekas pemimpin parti mereka duduk dengan DAP sedangkan mereka satu kaum. Mengapa bekas Presiden UMNO yang dahulunya dikenali sebagai 'Melayu Ultra' boleh duduk dengan DAP," ujar Datuk Seri Idris Haron.

Ketua Menteri Melaka tersebut turut menyifatkan Dr Mahathir seorang yang berpura-pura memperjuangkan ketuanan Melayu dan Islam sebelum ini dengan menolak DAP yang anti-Melayu dan Islam.

"DAP secara jelas menolak Melayu dan UMNO sekeras-kerasnya selain tidak mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam dan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Saya pelik, bekas presiden UMNO ini boleh duduk bersekongkol dengan DAP untuk membinasakan apa yang kita bina, bahkan sebahagian dasar itu juga dilaksanakan beliau sendiri.

"Saya tidak tahu dia betul atau tidak," katanya.

Kesimpulannya, Tun Dr. Mahathir adalah seorang yang hipokrit dan hanya memperjuangkan kepentingan beliau sendiri semata-mata.


Comments