Baru-baru ini kita dihebohkan di media arus perdana berkenaan dengan satu isu kenyataan Zaid Ibrahim dan Ramasamy yang meyatakan bahawa Lim Kit Siang lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri.
Kenyataan mereka ini boleh kita ditafsirkan sebagai sensitif dan boleh membawa kepada keresahan dalam kalangan masyarakat khususnya, masyarakat Melayu. Malah kenyataan-kenyataan seumpama ini bukanlah kali pertama dikeluarkan oleh pengikut parti DAP itu, malah ianya juga pernah diutarakan oleh mendiang Karpal Singh dan pemimpin lain.
Kenyataan mereka juga mendapat perhatian umum apabila ramai netizen yang menolak Penasihat DAP itu untuk menjadi PM. Ini berikutan Lim Kit Siang bukan keturunan Melayu dan tidak beragama Islam.
Kata-kata yang dikeluarkan oleh pengikut atau penjilat tegar DAP itu hanyalah kenyataan mahu test market dan provokasi kepada rakyat yang menyokong kerajaan dan sebagai satu amaran bahawa DAP bakal merubah perlembagaan sedia ada apabila mereka berkuasa kelak.
Dari awal kemerdekaan negara sehingga kehari ini, Perdana Menteri Malaysia adalah dalam kalangan orang Melayu dan sejarah belum lagi tercipta yang mana bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.
Rakyat juga pasti menolak cadangan tersebut kerana orang Melayu tidak sanggup berperdana menterikan seorang yang bukan Melayu.
Walaupun dalam Perlembagaan Malaysia dengan telah terang mengatakan bahawa tiada peruntukan yang menyebut hanya orang Melayu yang boleh dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi kaum-kaum lain juga turut berpeluang dilantik sebagai Perdana Menteri jika mendapat undian yang cukup dari anggota parti yang membentuk kerajaan.
Namun, perlu difahami bahawa kondusi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majoritinya adalah masyarakat Melayu. Justeru, adalah wajar jika ketua eksekutif atau kerajaan dilantik dalam kalangan Melayu sendiri, yakin boleh membawa aspirasi dan perpaduan negara.
Besar kemungkinan, isu Perdana Menteri bukan Melayu ini timbul apabila DAP resah dan bimbang jika umat Melayu bersatu, melalui landasan Umno dan PAS.
Hal ini disebabkan jika Melayu bersatu melalui kedua-dua parti politik ini ia cukup ampuh, dan sudah pasti memberi satu kelebihan, dan nilai kekuatan kepada bangsa Melayu itu sendiri.
Faktor utama mengapa orang Melayu amat berat menerima Perdana Menteri bukan Melayu adalah kerana ia berkait rapat berkenaan peruntukan Perlembagaan Persekutuan 153 yang mana bersangkut paut dengan hal-hal berkaitan hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, dan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Inilah yang perlu rakyat dan orang Melayu pertahankan !!!
Namun berbeza pula dengan pendapat PAS semasa di dalam Pakatan Rakyat, PAS membenarkan PM bukan Melayu asalkan calon PM tersebut beragama Islam.
Namun tidak hairan juga sekiranya calon PM dari DAP selepas ini, kerana selepas Tsunami Melayu dan sejak PRU-13 lagi telah merekrut dan melantik ahli DAP Melayu untuk bersama mereka berjuang meruntuhkan hak hak keistimewaan yang Melayu perolehi.
Pada masa yang sama, mereka juga sudah bersedia meletakkan PM Melayu dari DAP sekiranya mendapat mandat dan kuasa politik jika berlaku perubahan kuasa politik di Malaysia.
Minta dijauhkan semua perkara ini berlaku dan mari berdoa agar Allah selamatkan Malaysia dari penguasaan DAP dan anasir jahat yang mahu melihat perpecahan di dalam negara Malaysia yang tercinta.

Comments
Post a Comment