KLEPTO-KASI : MENGAPA TIDAK PERSOALKAN MAHATHIR?



Pakatan Harapan di bawah pimpinan Lim Kit Siang dan DAP suka menuduh kerajaan memerintah pada masa sekarang adalah sebuah kerajaan kleptokrasi. Ini dapat dilihat daripada perhimpunan anti-kleptocracy yang dianjurkan pada 14 Oktober 2017. Pakatan Harapan cuba menonjolkan bahawa gerombolan berkenaan memperjuangkan keadilan dan pemerintahan yang telus. Tetapi sebenarnya Pakatan Harapan adalah satu Pakatan yang hipokrit.

Jika mencuri kekayaan negara adalah kleptokrasi, bukan Najib yang patut diserang tetapi Mahathir yang perlu mereka persoalkan. Tetapi sudah tentu Pakatan Harapan tidak berani berbuat demikian kerana Mahathir adalah penaja Pakatan Harapan.

Sudah tentu, kerana Mahathir telah ‘memberikan sumbangan’ sebanyak RM 1 billion kepada Lim Kit Siang untuk dilantik sebagai Pengerusi Harapan. Bayangkan, PPBM, sebuah parti yang usianya setahun lebih sahaja dan mempunyai 1 kerusi Parlimen telah diberikan kedudukan yang sangat berpengaruh di dalam Pakatan Harapan. Jika diikutkan sudah tentu DAP, PKR dan proksi DAP iaitu Parti PAN boleh sahaja diberikan kerusi tersebut.

Semata-mata kerana Mahathir adalah tokoh berpengaruh bukanlah satu alasan yang boleh diterima, lebih-lebih lagi memandangkan pemimpin lain masih berpengaruh. Lagipun sudah tentu DAP dan rakan-rakan Pakatan lain tidak mahu Mahathir mengukuhkan lagi pengaruh beliau.

Tetapi mudah pula mereka boleh menerima Mahathir sebagai pengerusi. Berdasarkan logik, sudah tentu ada sebab lain yang menyebabkan mereka dapat menerima Mahathir yang telah menekan mereka ketika zaman pemerintahan beliau.

Seperti rasua... derma sebanyak RM 1 billion kepada Pakatan Harapan.

Sudah tentu Mahathir mendakwa bahawa gaji beliau tidak cukup untuk memberi rasuah RM 1 billion. Tetapi dakwaan berkenaan adalah bodoh kerana orang-orang berpengaruh seperti Mahathir sudah tentu tidak memberikan rasua... pemberian menggunakan gaji sendiri. Mahathir memberikan saguhati berjumlah RM 1 billion menerusi wang yang dikumpul semasa zaman pemerintahan beliau menerusi nepotisme dan pemberian kontrak kepada syarikat keluarga beliau seperti kontrak TM.

Jika tidak, masakan keluarga beliau boleh menaiki jet peribadi dan memiliki hartanah di Londoh, Argentina dan banyak tempat lagi.

Jadi sekiranya Pakatan Harapan ingin menentang kleptokrasi, apa kata Pakatan singkirkan dulu pengerusinya yang berpengalaman 22 tahun dalam kleptokrasi?

Comments