KERAJAAN DAP PULAU PINANG ADALAH SEBUAH KERAJAAN YANG GAGAL


Sudah menjadi kebiasaan puak Pakatan Harapan mengamalkan politik menghasut dan hasad dengki. Cara licik dan keji itu hanyalah semata-mata untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Puak pembangkang ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan nafsu politik mereka dapat dilampias. Jadi, tidak menghairankanlah apabila ada dikalangan pemimpin pembangkang sanggup memburuk-burukkan negara sendiri sehingga ke luar negara.

Teramatlah malangngnya negara kita kerana mempunyai kumpulan pembangkang yang berakal singkat, tidak professional, tiada integriti, tidak patriotik dan biadap.

Jadi, tidak menghairankan apabila MCA menyifatkan parti pembangkang hanya fokus dengan politik menghasut dan hasad dengki berbanding dalam menyampaikan hasil dengan membuat pelbagai pembangunan konstruktif untuk negara ini.

Mengambil contoh usaha kerajaan membawa masuk pelaburan asing ke negara ini, pemimpin puak Pakatan Harapan dilihat cuba mengelirukan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak benar.

Pembangkang cuba menyatakan pelbagai impak negatif seperti kita akan dijajah oleh China, kerajaan akan jual negara dan sebagainya. Ini semua fakta yang tidak betul.

Kerajaan nak menyatupadukan rakyat bukan sahaja komuniti Cina malah berbilang kaum untuk tumpukan dari segi pembangunan negara bukan dari segi merosakkan negara, mencaci, menghasut, hasad dengki pada negara sendiri,.

Namun apabila mereka menjalinkan hubungan dengan pelaburan asing, mereka mendabik dada mengatakan ianya tindakan yang wajar dan baik kepada negara. 

Ini dapat dilihat apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang 2017 yang membolehkan kerajaan negeri membuat pinjaman daripada sebuah bank di China.

Alasan Lim Guan Eng, pinjaman itu sebagai satu pengiktirafan daripada kerajaan China terhadap kerajaan negeri berdasarkan kepada prestasi kewangan yang baik. Apabila negeri Pulau Pinang dapat pinjaman mereka kata ini amat baik. Tapi bila kerajaan dapat pinjaman mereka kata nak jual negara. Ini sikap dwi-standard mereka.

Malah kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebagai cakap tidak serupa bikin apabila gagal menunaikan 51 janji selepas mengambil alih negeri ini selama sembilan tahun. Inilah sikap muka tembok dan tidak sedar diri puak pembangkang, meraka hanya berkata mengikutkan nafsu jahat mereka sahaja.

Comments