KAUM HAWA PAKATAN HARAPAN YANG DIEKSPLOITASI PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN




Sememangnya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang berkepentingan seperti DAP dan PKR berani menggunakan kaum hawa untuk dijadikan benteng dan aset mereka untuk meracuni pemikiran kaum hawa di negara ini demi mencapai hasrat jahat mereka mencetuskan sikap kebencian khususnya di kalangan kaum hawa terhadap kerajaan dan negara.

Kaum hawa dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin seperti DAP untuk melakukan dakyah politik kepada golongan kaum hawa dan generasi muda. Lihat sahaja hasil sekolah demokrasi yang sememangnya mendatangkan kesan yang buruk. Hasil sekolah ini pemikiran kaum hawa diracuni dengan pemikiran dan ideologi untuk membenci dan memburukkan Kerajaan dan pemimpin negara.

Di antara produk-produk DAP yang berjaya dihasilkan dari kalangan kaum hawa ialah Dyana Sofea, Syefura Osman, Anis Syafiqah Md Yusof, Nurul Izzah dan ramai lagi. Hasilnya memang dasyat mereka memperjuangkan perjuangan yang salah, mereka berdemo dan banyak lagi.

Matlamat sebenar Pakatan Harapan adalah untuk menghuru-harakan negara ini dan merampas kuasa dengan apa jua cara. Pendekatan ini adalah salah satu kaedah bagi memenangi hati dan sokongan kaum hawa. Jesteru itu, kaum hawa Pakatan Harapan dipergunakan untuk merosakkan akidah dan pemikiran generasi muda dan kaum hawa di Malaysia. Contoh yang baik sudah ada, skandal Dyana Sofea boleh dijadikan kayu pengukur. Fikir-fikirkanlah.

Comments