KAKI FITNAH DAN KAKI AUTA PAKATAN HARAPAN TIMBULKAN ISU 1MDB TUMBANGKAN NAJIB



Delegasi Malaysia ke Amerika Syarikat yang diketuai oleh Perdana Menteri baru-baru ini menjadi isu yang sengaja ditimbulkan oleh kaki fitnah dan auta Pakatan Harapan untuk memburukkan imej dan nama Najib. Lawatan Perdana Menteri adalah atas jemputan Presiden Amerika Syarikat itu sendiri, namun pembangkang seperti Pakatan Harapan sudah semestinya tidak akan berpuas hati.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan seperti Kit Siang dan Wan Azizah Presiden PKR telah mempergunakan isu MDB untuk menumbangkan Najib dan seterusnya menanamkan kebencian pemimpin -pemimpin dari negara luar terhadap Najib. Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah menggesa supaya kerajaan mendedahkan laporan siasatan audit negara yang berkaitan dengan isu 1MDB disiasat sebelum Najib terbang ke Amerika Syarikat.

Pemimpin-pemimpin di kalangan Pakatan Harapan seperti Wan Azizah cuba untuk membuktikan bahawa Najib bersalah tetapi Wan Azizah atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Kak Jijah atau kaki kipas terlupa siasatan telah dijalankan oleh banyak agensi penguatkuasa mengenai 1MDB dan sememangnya sudah terbukti bahawa Najib sememangnya tidak bersalah.

Malah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai oleh pembangkang sendiri menyatakan bahawa Najib sama sekali tidak bersalah dan bersih daripada sebarang dan semua tuduhan apa sahaja yang ada kaitan dengan isu 1MDB.

Bukan Wan Azizah sahaja, Mahathir sendiri antara individu yang paling lantang mengkritik Najib juga tidak melepaskan peluang melemparkan tuduhan dan fitnah kepada Najib dan Kerajaan Barisan Nasional. Mahathir kononnya mendakwa pertemuan Najib dan Trump adalah kemuncak campur tangan asing dalam urusan dalaman negara.

Hakikatnya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan seperti Mahathir dan Wan Azizah sentiasa berusaha mencuba menggunakan isu 1MDB untuk memburukkan nama dan imeh Najib tetapi sehingga kini masih lagi tidak berjaya. Pertemuan Najib dan Trump sebenarnya sarat dengan agenda penting dalam memastikan hubungan baik dan kerjasama antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Kesimpulannya inilah yang sebenar-benarnya dicemburui oleh pembangkang memandangkan negara kuasa dunia seperti Amerika Syarikat dan Malaysia menjalinkan hubungan dan kerjasama yang akrab di mana ia sesuatu yang cuba dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sejak sekian lalu sehingga sekarang tetapi masih tidak berjaya.

Comments