HIMPUNAN SAYANGI MALAYSIA, HAPUS KLEPTOKRASI TIADA SAMBUTAN DAN HAMBAR. DR MAHATHIR GAGAL JAYAKAN PROGRAM!



Himpunan Kleptokrasi yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya berlangsung dalam keadaan hambar dan tidak mendapat sambutan. Sehingga kemuncak progam, tidak sampai 5000 orang yang hadir meskipun pada awalnya diuar-uarkan seramai 100,000 orang akan hadir.

Himpunan yang lebih kepada festival itu yang dipenuhi dengan muzik sambil makan-makan sahaja, dilihat gagal kerana hanya 5 peratus sahaja yang hadir daripada jumlah sasaran yang ditetapkan.

Dalam keadaan ini, siapa yang akan dipersalahkan oleh pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. 
Mahathir Mohamad apabila himpunan yang sepatutnya menarik lebih 100,000 itu gagal mendapat sambutan.Atau Mahathir sendiri yang perlu bertanggungjawab di atas kegagalan ini.

Apa yang pasti, jumlah yang hadir itu tersasar jauh. Kegagalan ini merupakan satu petanda buruk kepada Mahathir yang dikaitkan dengan skandal kerugian Bank Negara Malaysia akibat urus niaga mata wang asing (Forex) pada awal 90-an.

Malah kehadiran pengasas parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Mahathir bersama Lim Kit Siang, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu serta Mohamad Azmin Ali juga tidak mampu menarik sokongan orang ramai ke himpunan itu khususmya orang Melayu.

Sepatutnya dalam apa jua keadaan, pilihan rayalah yang sepatutnya menjadi penentu tetapi puak-puak ini yakin kononnya himpunan kleptokrasi ini merupakan suara rakyat. Mereka mahu meraih simpati tetapi gagal.

Petanda ini juga satu amaran buat Mahathir dan Pakatan Harapan kerana rakyat sudam mula muak dan tidak percayakan Mahathir. Rakyat kini semakin bijak berfikir untuk menilai sama ada apa yang diperjuangkan oleh Mahathir itu betul atau sebaliknya.

Pendek kata, kegagalan ini memberi tamparan hebat buat Pengerusi Pakatan Harapan Mahathir yang kali pertama menganjurkan himpunan mega ini. Rekod laporan prestasinya dalam Pakatan Harapan kini tercalar!

Comments