HIMPUNAN SAYANG MALAYSIA HANYA BERJAYA MENARIK 8% DARIPADA SASARAN



Himpunan Sayang Malaysia Hapus Kleptokrasi sepatutnya menjadi perhimpunan paling hebat dan merupakan kemuncak kepada Pakatan Harapan menjelang PRU Ke-14. Selain itu, perhimpunan tersebut merupakan perhimpunan pertama yang menampilkan Mahathir dan keseluruhan kepimpinan PPBM sebagai sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Oleh itu, sebagai himpunan yang dirancangkan sudah tentu setaraf dengan Perhimpunan Bersih. Sudah tentu boleh memandangkan Himpunan Sayang Malaysia dirancang oleh Mahathir dan rakan-rakan manakala Perhimpunan Bersih dianjurkan oleh seorang suri rumah tangga sahaja. Sasaran 100,000 sudah tentu boleh dicapai berdasarkan kuasa tarikan seorang yang berkaliber seperti Mahathir.

Bilangan yang menghadiri perhimpunan berkenaan adalah di luar jangkaan penganjur. Apa yang dijangkakan adalah 100,000, tetapi yang datang adalah 8,000 menurut Malaysiakini yang pro-Pakatan (hanya 4,000 menurut anggaran PDRM). 100,000 untuk memenuhi padang yang boleh menampung 10,000 tetapi hanya 8,000 sahaja yang hadir.

Perhimpunan yang ‘laku’ ini telah mendapat liputan daripada banyak pihak termasuk media pro--kerajaan dan pro-pakatan dengan media pro-kerajaan menunjukkan bahawa himpunan berkenaan gagal menarik sokongan manakala media pro-pakatan menggambarkan himpunan berkenaan berjaya.

Tetapi terdapat suatu perkara yang mungkin kurang diperkatakan. Hakikatnya adalah Himpunan Sayang Malaysia Hapus Kleptokrasi tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Jadi mengapa perkara berkenaan berlaku? Mungkin, jawapannya adalah mudah iaitu himpunan berkenaan tidak mempunyai daya penarik tetapi sebaliknya daya penolak.

Jika benar, apakah daya penolaknya?

Secara mudah, bandingkan apa yang ada dan apa yang tidak berbanding Perhimpunan Bersih. Kedua-duanya mempunyai Lim Kit Siang, DAP, Maria Chin, Wan Azizah. Apa yang tiada adalah Mahathir. Oh, sudah tentu Mahathir ada dalam Bersih, tetapi kehadiran beliau pada ketika itu adalah sebagai peserta dan bukannya salah satu daripada penganjur.

Bersih 5.0 berjaya tarik 40,000, satu angka yang dianggap mengecewakan tetapi bagaimana pula Himpunan yang hanya menarik 8,000?

Comments