HASRAT DAP UNTUK MENEMBUSI KAWASAN BANDAR KELANTAN PADA PRU14 HANYA SIA-SIA



Hasrat DAP yang mahu bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), dianggap sebagai hiburan dan bahan jenaka kerana majoriti masyarakat Cina negeri itu tetap menyokong PAS.

Hasrat DAP itu hanya mahu memeriahkan suasana pilihan raya kerana parti itu sedar mereka sukar untuk menang. Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Datuk Anuar Tan Abdullah turut mengakui bahawa sokongan masyarakat Cina terhadap parti PAS masih utuh dan kuat.

sokongan masyarakat Cina di Kelantan berbeza berbanding di negeri lain yang lebih cenderung kepada DAP. ADUN Kota Lama itu juga yakin pengundi di DUN Kota Lama tetap menyokong PAS kerana setiap program anjuran PAS, masyarakat Cina ramai yang datang memberi sokongan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, DAP mahu bertanding di Kelantan selain berhasrat mahu merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama.

Sejak tahun 1999, PAS sudah memenangi DUN Kota Lama dan PAS tidak bimbang terutamanya dengan parti serpihan yang berhasrat meletakkan calon mereka di Kelantan. Kehadiran parti-parti lain khususnya dari Pakatan Harapan di Kelantan dijangka akan memeriahkan lagi suasana Pilihanraya Umum akan datang.

PAS juga tidak gentar sekiranya DAP meletakkan calon mereka bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Lama di sini kerana yakin pengundi di kawasan itu tetap menyokong PAS. Mana-mana parti bebas untuk datang bertanding di sini tetapi jika dilihat sokongan ramai orang bukan Islam kepada kerajaan negeri sekarang sudah mendapat gambaran yang memihak kepada PAS.






Comments