FASTAQIM 2.0 ANJURAN PAS LEBIH MENDAPAT SAMBUTAN DARI HIMPUNAN KLEPTOKRASI ANJURAN PAKATAN HARAPAN



Hampir setahun pembangkang tidak menganjurkan sebarang perhimpunan untuk mengumpulkan pejuang tegar mereka turun ke jalanraya apabil Bersih 5.0 dan Tangkap MO1 tidak mendapat sambutan dari rakyat dan pejuang Reformasi.

Hakikat sebenarnya, rakyat sekarang dah muak untuk turun ke jalanraya untuk terpekik terlolong macam orang gila. Bila mereka hadir perhimpunan haram atau perhimpunan yang dibenarkan anjuran Pakatan Harapan ini, mereka akan dihidangkan dengan isu yang sama dan yang sudah basi seolah-olah tiada kesudahannya.

Sebenarnya rakyat tertipu, pihak penganjur perhimpunan sebenarnya tidak pernah bertindak pun atas isu yang dibangkitkan mereka. Mereka hanya mahu publisiti dari media.

Mereka hanya bertanggungjawab mengumpul berapa banyak rakyat untuk berkumpul kemudian panggil pemberita dan wartawan dari dalam dan luar negara untuk menghebahkan berita palsu dan fitnah yang mereka canangkan sahaja. Tidak lebih dari itu.

Kalau benar-benar pemimpin pembangkang dan pihak penganjur mempunyai kuasa dan bukti dengan segala isu yang dibangkitkan, sudah tentu PRU-13 diadakan semula, isu pengundi hantu sudah selesai, MO1 sudah dapat dikenalpasti dan ditangkap, projek mega 1MDB semua dibatalkan, mungkin Mahathir juga sudah ditangkap dan sebagainya.

Oleh kerana rakyat tidak mahu tertipu lagi dan tembelang PH serta skandal mereka yang semakin banyak terbongkar, maka kempen yang dilakukan pada kali ini tidak mendapat sambutan rakyat.

Pejuang Reformasi yang dulunya extreme juga sudah tidak mahu mempunyai kaitan dengan PH apabila mereka mengangkat Mahathir menjadi rakan. Kaum Cina juga masih marah dan terkesan dengan tindakan Mahathir semasa 22 tahun pemerintahannya menjadi PM.

Lim Kit Siang juga tidak ada modal untuk dibicarakan apabila berucap di pentas perhimpunan itu nanti, kerana modal dan bukti yang dia ada mengenai skandal Forex melibatkan kehilangan wang BNM sebanyak RM30 bilion pada awal 1990an terpaksa ditutup demi kelangsungan politik Dinasti Lim dan DAP.

Himpunan Kleptokrasi yang bakal diadakan pada 12 November 2017 ini lebih banyak menyentuh isu yang telah banyak kali dijawab oleh kerajaan dan pihak berwajib iaitu 1MDB. Tiada isu lain dan pembangkang sebenarnya sudah ketandusan isu menjelang PRU-14.

Comments