Mari kita lihat perbezaan kedua-dua pemimpin dari kerajaan Barisan Nasional dan DAP ini.
DS Najib tidak perlu publisiti murahan untuk membangunkan Bandar TRX di Kuala Lumpur tapi pembangkang yang bersungguh-sungguh menabur fitnah terhadap projek berkenaan.
PADA MASA YANG SAMA PEMBANGKANG TELAH MEMPROMOSIKAN PROJEK MEGA NEGARA INI... TERIMA KASIH PEMBANGKANG !!!
Namun akhirnya banyak syarikat dari dalam dan luar negara datang melabur ke dalam projek yang diasaskan oleh 1MDB ini. Pulangan pelaburan dan keuntungan tersebut akan dinikmati dan dipulangkan semula kepada rakyat dengan pelbagai skim bantuan dan kebajikan kepada rakyat.
Namun apabila diteliti kepada projek yang dicanang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dimana projek pembinaan terowong dasar laut yang menelan belanja berbilion-bilion ringgit wang rakyat masih di dalam peringkat kajian dan pemerhatian pihak pengkaji dan penganalisis.
Tempoh yang diminta untuk menyelesaikan kajian tersebut terlalu lama iaitu selama 3 tahun lebih. Itu baru tempoh kajian dan bukan tempoh pembinaan.
Bayangkan kalau pembinaan terowong dasar laut itu mula dibina, agak-agaknya berapa lama pula tempoh yang diperlukan untuk menyiapkan projek pembinaan yang berisiko tinggi itu.
Adakah projek berkenaan akan diteruskan sekiranya kerajaan Barisan Nasional tidak mengeluarkan modal seterusnya?
Mungkin juga wang peruntukan kajian projek berkenaan telah diselewengkan sebahagiannya untuk digunakan dalam kempen pilihanraya DAP pada PRU-14 akan datang?
LIM GUAN ENG hanya ada modal kertas kajian sahaja sekarang ini. Tapi bangunan TRX dah hampir sama tinggi dengan bangunan KLCC buat setakat ini.

Comments
Post a Comment