DI MANA KEDUDUKAN NURUL IZZAH DAN TIAN CHUA DALAM PAKATAN HARAPAN WILAYAH PERSEKUTUAN? MEREKA TIADA DALAM SENARAI!



Pakatan Harapan (HARAPAN) Wilayah Persekutuan pada minggu lalu telah mengumumkan struktur kepimpinannya. Ianya dipengerusikan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang juga Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan.

Pengumuman struktur kepimpinan HARAPAN Wilayah Persekutuan itu amat mengejutkan kerana 2 nama besar pemimpin PKR tidak tersenarai dalam struktur kepimpinan parti itu bagi Wilayah Persekutuan. 2 nama besar pemimpin PKR itu adalah Nurul Izzah, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai dan Tian Chua, Ahli Parlimen PKR Batu.

Difahamkan DAP juga menguasai lebih banyak jawatan dalam struktur kepimpinan yang diumumkan itu. Pemimpin-pemimpin DAP seperti Tan Kok Wai, Fong Kui Lan, Teresa Kok dan Lim Lip Eng yang kesemuanya merupakan wakil rakyat DAP Wilayah Persekutuan.

Adakah PKR kini sudah hilang pengaruh di Wilayah Persekutuan sehingga kedua-dua pemimpin PKR yang juga merupakan wakil rakyat PKR Wilayah Persekutuan tidak lagi berguna kepada HARAPAN Wilayah Persekutuan?

Pendek kata, memang dapat dilihat dengan jelas bahawa pengaruh PKR sekarang mula diketepikan DAP dan PPBM. Walaupun PKR banyak memainkan peranan penting dalam mengaris hala tuju pembangkang suatu ketika dahulu, tapi sejak kebelakangan ini pengaruh PKR mulai pudar dari masa ke semasa.

Pengumuman pucuk pimpinan HARAPAN Wilayah Persekutuan adalah salah satu petandanya. PKR sudah hilang taringnya. Berikut adalah senarai struktur kepimpinan HARAPAN Wilayah 
Persekutuan:

Pengerusi: Tan Kok Wai (DAP)

Timbalan Pengerusi: 
Idris Ahmad (PKR), 
Dr Mohd Hatta Md Ramli (AMANAH), 
Fong Kui Lun (DAP),
Muhammad Suhaimi Yahya (PPBM)

Naib Pengerusi: 
Datuk Seri Dr Santhara Kumar, 
Datuk Ahmad Tarmizi Mohd Jam, 
Teresa Kok, 
Muhammad Zahid Md Arip

Setiausaha: Lim Lip Eng
Penolong Setiausaha: Othman Karim
Bendahari: Che Zam Hamzah
Ketua Pemuda: Zahin Zainal
Ketua Wanita: Niekmah Adam
Pengarah Pilihan Raya: Zahir Hassan
Pengarah Manifesto: Sally Sian Keng Eng
Ketua Biro Maklumat: Zaharudin Othman
Ketua Biro Undang-undang: Zulhazmi Shariff
Pengarah Strategik: Onn Abu Bakar
Anggota Exco: Ismail Yahaya, Angus Ng, S Ganapathy, Hayatul Kamil Termudi

Persoalannya mana tokoh besar PKR Wilayah Persekutuan, Nurul Izzah dan Tian Chua? Mereka sudah tidak berguna di Wilayah Persekutuan atau hanya menjadi beban kepada Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan. Dominasi DAP di Wilayah Persekutuan menampakkan kekuatan parti itu berbanding dengan parti-parti komponen dalam HARAPAN.

Comments