DAP TIDAK MENJADI PERDANA MENTERI APABILA PAKATAN HARAPAN BERKUASA? ADAKAH DAP AKAN MENGANGKAT ORANG MELAYU MENJADI PERDANA MENTERI?
Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata penasihat DAP Lim Kit Siang sama sekali tidak layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kerana kebolehannya dilihat hanya banyak tertumpu kepada aspek menggembar-gemburkan isu politik merentasi masyarakat Tionghua sahaja.
Penasihat DAP Lim Kit Siang dilihat tiada sebarang rekod mahupun potensi yang meyakinkan sehingga pemimpin parti pembangkang itu layak diangkat sebagai calon Perdana Menteri di negara ini. Lim Kit Siang menjanjikan bahawa kononnya bangsa Melayu tidak perlu takut untuk memberikan undian dan sokongan kepada DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti kerana bagi pihak Lim Kit Siang bersetuju untuk melantik Perdana Menteri dari bangsa Melayu.
Lim Kit Siang kononnya mendakwa bangsa Melayu juga tidak akan tertindas kerana majoriti kakitangan awam dan anggota tentera di negara ini adalah berbangsa Melayu tetapi adakah DAP pernah mengakui bahawa penjawat awam akan memainkan peranan sebagai golongan pelaksana dasar-dasar DAP nanti.
Dakwaan dan pengakuan daripada Lim Kit Siang ini sudah tentu akan dipercayai oleh sebilangan kecil orang Melayu yang mudah terpengaruh dan berfikiran pendek. Jika tidak masakan pula ada di kalangan bangsa kita Melayu yang sanggup menyertai dan memperhambakan diri dengan perjuangan dan perlembagaan parti itu. Sehingga begitu sekali di kalangan orang Melayu kita sanggup memperhambakan diri kepada Lim Kit Siang dan parti DAP.
Malah, ada segelintir anak muda yang kononnya berfikiran terbuka sehingga hilang jati diri dan menuruti apa sahaja kata-kata Penasihat DAP itu. Ada segelintir anak muda yang berhujah kononnya pemimpin Melayu lebih teruk daripada DAP dan lebih rela dipimpin oleh Lim Kit Siang dan DAP sendiri.
Kit Siang semakin mendapat tempat dan nampak gayanya Kit Siang sudah memasuki fasa yang kedua dan cuba mengikut jejak langkah mentornya mendiangnya Lee Kuan Yew. Kita tidak boleh lupa bagaimana Kuan Yew yang sanggup memakai songkok untuk memujuk bangsa Melayu Singapura. Hanya Melayu Singapura sahaja yang tahu akan perkara ini.
DAP hanya memberikan janji-janji manis dan palsu sahaja, kita boleh melihat bukti di mana Pulau Pinang misalnya DAP memiliki 19 dun, PKR ada 10 dun dab PAS hanya ada satu Dun tetapi kalau benar DAP akan bagi Melayu kuasa kenapa DAP tidak memberikan kerusi Ketua Menteri itu kepada PKR?
Di Selangor pula, DAP memberikan kerusi kepada PKR sedangkan PKR hanya ada 13 kerusi manakala DAP ada 15 kerusi. Kenapa DAP memberikan kerusi kepada PKR? Mereka memilih untuk melantik PKR menjadi Menteri Besar supaya senang mereka dijadikan boneka dan mencanang ke seluruh negara yang kononnya mereka tidak gila kuasa atau memberikan muka kepada bangsa Melayu. Ini semuanya taktik DAP.
DAP sangat mementingkan kuasa dan jawatan sama ada secara langsung ataupun secara membonekakan seseorang. Tetapi kini mainan dan sandiwara DAP kononnya DAP sanggup melepaskan kerusi Perdana Menteri? Sama sahaja, sama ada pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri ataupun tidak, DAP tetap Perdana Menteri jika Pakatan Haram-Haraman itu berjaya menewaskan dan menumbangkan Barisan Nasional.
Jika tidak menjadi Perdana Menteri ini bermakna boneka yang menjadi Perdana Menteri itu perlu mendengar perintah mereka. Itulah yang dirancang dan dilakukan oleh Kit Siang dalam menyusun strategi untuk dirinya dan anaknya di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang sendiri bukan sahaja Melayu UMNO yang menyesal malahan Melayu PAS lebih menyesal daripada Melayu UMNO. dan negeri Pulau Pinang sendiri dalam proses di Singapurakan.
Kesimpulannya jika DAP menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti, sudah pasti Malaysia berjaya dijajah oleh Pakatan Haram-Haraman dan sudah pasti anak bangsa kita juga yang akan sengsara dan derita dengan malapetaka yang dibawa oleh DAP

Comments
Post a Comment