DAP TIDAK BOLEH TERIMA KENYATAAN 1MDB SUDAH TIADA HUTANG



DAP Pulau Pinang melakukan provokasi terhadap UMNO berhubung isu 1MDB apabila menghantar wakilnya ke Dialog 'Perjuangan 4 All' di Balik Pulau dan Permatang Pauh, kononnya untuk bertanyakan tentang isu berkenaan.

Kedua-dua program penerangan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa itu dihadiri oleh Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad yang bertanyakan soalan berbentuk provokasi. Walaupun Zaidi Ahmad yang juga bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengajukan soalan yang sama mengenai laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung 1MDB di kedua-dua program, Tan Sri Annuar Musa tetap melayannya dengan baik dan memberikan penjelasan kepada Zaidi. Inilah bukti yang menunjukkan pembangkang termasuklah DAP Pulau Pinang hanya meletakkan cita-cita peribadi, kepentingan diri melebihi apa yang terbaik untuk Malaysia dengan melemparkan segala tuduhan dan fitnah yang sama sekali tidak berasas sehingga mampu menjejaskan ekonomi negara Malaysia.

DAP Pulau Pinang jelas sekali melemparkan fitnah, tuduhan dan pembohongan dengan mendakwa kononnya wang rakyyat digunakan untuk menyelamatkan Syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan bayaran AS$6 bilion. Jelas sekali fakta berkenaan tidak betul dan wujud cubaan untuk mengubah fakta mengenai dana aset 1MDB sedangkan syarikat itu berjaya memperoleh AS2.5 bilion sepanjang 2 tahun dalam pelan rasionalisasi syarikat 1MDB sendiri.

1MDB juga sudah menerima penjanaan pertama dalam tunai, tambahan pula 1MDB dengan IPIC bersetuju menyelesaikan bayaran yang akan dibuat 1MDB secara berasingan daripada AS2.5 bilion itu daripada penjanaan unit dana berkenaan.

Pembangkang seperti DAP masih lagi enggan menerima kenyataan penyelesaian antara 1MDB dan IPIC walaupun kedua-dua syarikat sudah sepakat menyelesaikannya. Sebaliknya mereka terus berminat menjadikan 1MDB bahan untuk menjejaskan ekonomi negara.

Penyelesaian antara 1MDB dan IPIC itu membuktikan dana syarikat itu wujud dan bercanggah dengan pembohongan pembangkang sebelum ini bahawa unit dana tidak ada. Tuduhan liar pembangkang bahawa dana itu masuk dalam akaun Perdana Menteri jelas sekali tidak berasas kerana sudah dinafikan oleh Menteri Luar Arab Saudi bahawa wang kepada Perdana Menteri itu adalah derma daripada keluarga di Raja Arab Saudi.

Inilah cara pembangkang yang sengaja menjatuhkan ekonomi negara hanya demi kepentingan politik dan diri sendiri semata-mata. "Pembangkang terus menerus membuat fitnah yang memberi kesan tidak baik kepada ekonomi negara.

Kesimpulannya anggota UMNO dan khususnya orang Pulau Pinang khususnya untuk terus kuat dan tidak mudah terjebak dengan politik kebencian yang dimainkan oleh DAP.

Comments