DAP PUNYA MISI MERAMPAS KELANTAN DARI PAS



Baru-baru ini PAS sangat yakin pengundi di Kota Bharu akan menolak DAP yang dikatakan bakal bertanding di kerusi Parlimen berkenaan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Datuk Wan Rahim Wan Abdullah memaklumkan bahawa DAP telah memohon untuk bertanding khususnya di kerusi DUN. Difahamkan DAP mungkin akan bertanding di kerusi DUN Kota Lama, Kota Bharu dan DUN Galas, Gua Musang.

DAP mendakwa kononnnya selama 25 tahun PAS memerintah Kelantan dan kini sudah sampai masanya kerajaan negeri Kelantan dirampas oleh Pakatan Harapan yang diterajui dan dipimpin oleh DAP. Kononnya apabila Kelantan diterajui oleh DAP, DAP akan membawa kemajuan dan pembangunan kepada orang Kelantan. Kalau PAS memerintah Kelantan sampai bila-bila orang Kelantan tidak akan dapat menikmati sebarang kemajuan mahupun pembangunan yang dibawa masuk ke negeri itu dan kawasan mereka di bawah pemerintahan PAS.

Bagi DAP, kerajaan Islam Kelantan akan diuruskan dengan lebih baik dan tersusun jika Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP yang mentadbirnya berbanding dengan pentadbiran sedia ada sekarang ini. Kononnya menurut analisis, Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong mendakwa dalam persaingan untuk menguasai Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Pilihan Raya Umum akan datang, PAS berada dalam kedudukan yang sangat kubur untuk menyerlahkan kuaanya di Kelantan.

Kononnya DAP sudah membuat persiapan rapi untuk merampas Kelantan daripada PAS kerana mereka ingin menjadi pemerintah seterusnya di Kelantan dan dengan sikap yang positif untuk menundukkan dan menumbangkan PAS.

Kesimpulannya DAP janganlah bermimpi dan berangan-angan mahu merampas Kelantan dari PAS kerana orang Melayu tidak akan sekali-kali mengundi DAP. Orang Melayu semakin sedar dan dapat menilai jika DAP yang memerintah mereka, segala hak dan keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan dan lenyap begitu sahaja.

Comments