Isu Lim Kit Siang dilantik sebagai Perdana Menteri kini menjadi bualan hangat di kalangan orang-orang dalam Parti DAP. Zaid Ibrahim dan P. Ramasamy dilihat senada apabila membincangkan perkara ini dan seolah-olah mahu membodek bos mereka bagi memastikan kedudukan mereka terjamin dalam DAP.
Namun begitu, tidak dinafikan bahawa ramai pemimpin-pemimpin dalam DAP dan bekas pemimpin DAP juga kurang yakin dengan kemampuan Kit Siang untuk menjadi orang nombor satu negara memandangkan pemimpin itu tidak pernah menyandang mana-mana jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri selain parti.
Kit Siang tidak pernah menjadi menteri atau memegang jawatan Exco sepanjang karier politiknya dan ini merupakan penanda aras yang relevan untuk membuktikan ketidak mampuan Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri yang lebih baik.
Malah, sekiranya Kit Siang dilantik sebagai Perdana Menteri dikhuatiri Pakatan Harapan juga akan menjadi huru-hara dan tahapnya tidak dapat dijangkakan.
Sebelum ini Zaid menyifatkan pelantikan Ahli Parlimen Gelang Patah itu sebagai Perdana Menteri adalah satu idea yang bernas.
Kenyataan ini dibuat Zaid mungkin kerana dia sedang mengipas Kit Siang untuk mendapat kerusi bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 atau mahu melobi untuk menjadi ahli jawatankuasa eksekutif (CEC) DAP bagi mengantikan Zairil Khir Johari yang bakal digugurkan.
Seorang lagi pemimpin DAP iaitu P. Ramasamy, Timbalan Setiausaha Agung DAP pula senada dengan Zaid dengan menyokong Penasihat DAP tersebut menerajui kepemimpinan negara jika Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut P. Ramasamy lagi, sekiranya DAP dianggap parti terkuat di dalam Pakatan Harapan, maka kredit perlu diberikan kepada Kit Siang.
Terdahulu dalam sidang akhbar di Pulau Pinang pada 25 Januari lalu, Kit Siang mengakui bukan menjadi kesalahan kepada sesiapa untuk mempunyai cita-cita tinggi menjadi Perdana Menteri.
Sekiranya Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik sebagai Perdana Menteri, risikonya kita akan lihat lebih banyak situasi dan keadaan huru-hara dalam Pakatan Harapan. Ini kerana dalam Pakatan Harapan, ramai pemimpin-pemimpin mereka mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.
Apa pula perasaan Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir jika Kit Siang diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri? Sudah pasti mereka akan terasa tercabar, hati mereka akan terguris dan berasa kecewa dengan cadangan tersebut.
Ironinya, andai Kit Siang diangkat sebagai Perdana Menteri, maka negara akan terdedah kepada risiko berlakunya kekecohan. Pilihan Zaid dan P. Ramasamy adalah pilihan kurang bijak.

Comments
Post a Comment